KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Norman Sapar, mengingatkan semua parti politik agar berhati-hati dalam menggunakan isu-isu sensitif sebagai bahan kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Menurut beliau, isu terkini yang mendapat perhatian rakyat bukan hanya menggamit emosi di Sabah, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Namun, beliau menegaskan agar isu berkenaan tidak dieksploitasi untuk kepentingan politik atau menuding jari kepada mana-mana pihak sementara siasatan masih dijalankan.

“Kalau orang politik memilih untuk menuding jari kepada pihak berkuasa atau pihak tertentu, ia akan mencetuskan suasana kempen yang tidak sihat. Kes ini masih disiasat dan belum ada keputusan yang konkrit,” tegas Dr. Norman.

Beliau berkata, sebaliknya isu tersebut wajar dijadikan peluang untuk memperbaiki sistem pengurusan sekolah dan pelajar, serta mengemukakan cadangan bernas agar tragedi seumpama itu tidak berulang.

“Parti-parti politik seharusnya berlumba-lumba untuk memberikan pandangan dan cadangan konstruktif kepada kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, mengenai pendekatan yang berkesan dalam mencegah kejadian sebegini,” ujarnya lagi.

Dr. Norman turut menambah bahawa ahli politik perlu mengambil pendekatan berhemah dan berstrategi dengan meraih simpati rakyat melalui solusi, bukan sensasi.

“Kalau nak gunakan isu ini, jangan menghentam. Gunakan untuk menunjukkan keprihatinan dan tawaran penyelesaian. Rakyat lebih menghargai kejujuran dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau percaya, kempen yang berasaskan fakta dan cadangan realistik akan lebih meyakinkan pengundi Sabah untuk membuat pilihan yang bijak dalam PRN akan datang.

#PRNSabah2025
#DrNormanSapar
#PolitikMatang
#IsuSemasaSabah
#RakyatDidahulukan
#BinaSabahBaharu
#HentiPolitikKebencian
#SuaraAnakSabah
#KeadilanUntukSemua
#SabahBangkit

Leave a Reply