PETALING JAYA – the Curve, Mutiara Damansara bakal menjadi tumpuan utama hujung minggu ini apabila Burger Festival 2025 kembali dengan edisi yang lebih besar, meriah dan penuh cita rasa.

Bermula 7 hingga 9 November 2025, kawasan The Street di pusat beli-belah ikonik itu akan dipenuhi aroma burger panggang, irama muzik ‘live’ dan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.

Dianjurkan oleh the Curve dan dikendalikan oleh AK Events, festival tiga hari ini menjanjikan pengalaman unik buat pencinta burger dengan gabungan antara makanan lazat, hiburan santai dan suasana komuniti yang mesra.

Ia bukan sekadar pesta makanan, tetapi satu perayaan gaya hidup urban yang meraikan kreativiti dan keaslian dunia burger tempatan.

Tahun ini, Burger Festival 2025 menghimpunkan barisan vendor ternama dan legenda burger Malaysia, antaranya Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please, dan Ten KL. Lebih menarik, festival turut menampilkan lineup Burger Legends hasil kerjasama dengan ieatBurgers by FriedChillies, termasuk nama-nama besar seperti Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar, dan Burn Bite’s.

Setiap vendor menawarkan keunikan tersendiri daripada burger jalanan gaya tempatan hingga citarasa premium seperti pastrami burger salai.

Harga bermula serendah RM10 hingga RM40 dan beberapa vendor turut memberi diskaun sehingga 30 peratus sepanjang festival berlangsung.

Bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang luar biasa, pelbagai cabaran disediakan untuk menguji selera dan ketahanan. Antara yang dinanti-nantikan termasuk:

  • Eat Like A King Challenge oleh Richeese Factory, di mana peserta berlumba menikmati sebanyak mungkin burger dalam masa terhad.
  • The Great Burger Battle anjuran Burger Bakar Besar yang menampilkan Giant Burger bersaiz luar biasa.
  • Burner Burger Challenge oleh Pak Nik Burger — ujian keberanian menentang burger super pedas yang hanya mampu dihadapi mereka yang betul-betul berani.

Setiap pemenang akan membawa pulang baucar dan hadiah istimewa daripada penaja.

Dalam pada itu, Burger Festival 2025 turut meraikan semangat kekeluargaan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hiburan di tapak acara.

Antara yang menarik termasuk Little Chef Clay Art Workshop, pertandingan mewarna Colour My Burger, serta persembahan pentas dan muzik secara langsung sepanjang hari.

Suasana santai di The Street menjadikan festival ini lokasi ideal untuk bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati makanan, muzik dan pengalaman gaya hidup moden.

Antara burger yang wajib dicuba di festival tahun ini termasuklah:

  • Burger Kahwin Dua (Pak Nik Burger) – gabungan daging lembu dan kambing berkeju cair.
  • Pastrami Burger (Pitboy BBQ) – rasa premium dengan daging salai dimasak perlahan.
  • The Motz (Mean Mince) – burger ‘smash’ klasik yang rangup di tepi, lembut di tengah.
  • The OG Beef (Bones Burger) – burger arang yang berjus dan kaya rasa karamel bawang.
  • Beef Baconizer (Kaw Kaw Burger) – burger bertingkat tinggi dengan sos istimewa.
  • Giant Smashed Burger (Burger Bakar Besar) – untuk mereka yang suka cabaran saiz besar.
  • Burger Bakar Classic (Burn Bite’s) – citarasa nostalgia burger bakar gaya lama.
  • Double Cheese Burger & Streaky Burger (JnC Burger) – gaya premium dengan persembahan memikat.
  • Old School Smash Burger (Double Cheese Please) – klasik tapi tak pernah mengecewakan.

Jika anda mencari aktiviti hujung minggu yang menggabungkan makanan, muzik dan keseronokan, Burger Festival 2025 di the Curve ialah destinasi wajib.

Datang awal, bawa rakan atau keluarga dan nikmati suasana festival makanan paling ‘gempak’ tahun ini.

By Cynthia

Leave a Reply