KUALA LUMPUR, 20 November 2025 – Sejak dilancarkan pada Mac/April 2025, inisiatif pembiayaan pendidikan Yayasan Peneraju terus menjadi pemangkin utama dalam memperkasa penyertaan Bumiputera ke dalam sektor teknologi bernilai tinggi, termasuk Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML), Cloud Computing dan Keselamatan Siber.

Program yang dijangka tamat pada Disember 2025 ini telah membuka peluang kepada Bumiputera berusia 16 tahun ke atas untuk mengikuti latihan profesional berasaskan industri, sekali gus melahirkan generasi tenaga kerja digital yang bersedia menyokong agenda Malaysia sebagai Negara AI 2030.

Pengambilan Terakhir Masih Dibuka

Walaupun program berada dalam fasa penutupan, permohonan pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 15 Disember 2025. Di bawah skim ini, peserta layak menerima elaun latihan serta pembiayaan fleksibel termasuk 0% bayaran balik (Silver-tier) jika syarat ditetapkan dipenuhi.

Bagi kursus berpeperiksaan, pembiayaan menjadi tanpa bayaran balik apabila peserta mencapai syarat kehadiran dan lulus peperiksaan. Bagi kursus tanpa peperiksaan pula, pembiayaan turut bertukar kepada pembiayaan tanpa bayaran balik sebaik peserta menamatkan kursus sepenuhnya.

Nexperts Academy Teraju Latihan Berfokus Industri

Sebagai penyedia latihan dilantik (ALTI), Nexperts Academy Sdn. Bhd., yang beroperasi di Petaling Jaya, menawarkan pelbagai kursus berorientasikan industri di bawah inisiatif ini. Peserta bebas memilih penyedia latihan sebelum memohon pembiayaan melalui Yayasan Peneraju.

Permintaan terhadap tenaga mahir dalam AI, Cloud Computing, Networking dan Keselamatan Siber terus meningkat, namun kekurangan bakat tempatan kekal menjadi isu utama industri.

Latihan Cybersecurity & CEH Paling Kritikal

Antara penawaran utama Nexperts Academy ialah kursus Certified Ethical Hacker (CEH) yang diiktiraf EC-Council, memberi pendedahan kepada teknik serangan sebenar dan kaedah mempertahankan organisasi.

Keperluan ini semakin mendesak selepas beberapa syarikat tempatan dilaporkan menjadi mangsa serangan ransomware, termasuk kes kehilangan data operasi sepenuhnya sebelum penyerang menuntut bayaran tebusan dalam bentuk mata wang kripto.

Bootcamp Multicloud & Networking Paling Laris

Program Network & Multicloud Bootcamp turut menjadi antara kursus paling popular. Peserta berpeluang memperoleh tiga pensijilan antarabangsa:

CompTIA Network+

CompTIA Cloud+

Microsoft Certified Azure Associate

Gabungan pensijilan ini membuka laluan kerjaya kepada posisi seperti IT Support, Network Engineer, Helpdesk Engineer hingga Cloud Engineer dan System Administrator — tanpa memerlukan diploma atau ijazah IT.

AI & Machine Learning: Kemahiran Masa Depan

Bootcamp AI & ML yang ditawarkan Nexperts Academy mendapat permintaan paling tinggi, dengan latihan merangkumi automasi, pembangunan model AI serta penyelesaian berasaskan data. Kemahiran ini bukan sahaja relevan untuk profesional IT, malah membantu pekerja bukan IT meningkatkan produktiviti dan membuka peluang pendapatan baharu seperti freelancing dan konsultansi.

Golongan suri rumah turut memanfaatkan modul analisis data untuk membaca trend pasaran dan mengenal pasti produk berpotensi bagi perniagaan kecil.

“Kenapa jadi basic kalau boleh jadi premium?” – Pengarah Nexperts Academy

Pengarah Nexperts Academy, Nazreen Abdul Ghani, menegaskan bahawa teknologi mampu meningkatkan nilai diri dan membuka jalan kerjaya lebih tinggi.

“Ramai Bumiputera mempunyai potensi besar tetapi tidak mempunyai akses kepada pensijilan bertaraf global. Dengan inisiatif ini, kita bukan hanya melatih peserta – kita membantu mereka membina masa depan yang lebih kukuh untuk diri dan keluarga.”

Beliau menambah bahawa ramai profesional IT berpengalaman kekal di tahap sama kerana tiada pensijilan, dan program ini membuka pintu kepada kenaikan gaji serta peluang baharu.

CEO Nexperts Academy: Bakat Bumiputera Kunci Ekonomi Digital

CEO Nexperts Academy, Vaheed, menegaskan bahawa tenaga mahir Bumiputera adalah komponen penting dalam menjayakan agenda ekonomi digital negara.

“Malaysia’s digital economy cannot grow without a strong pipeline of skilled Bumiputera talent.
Our mission is simple — turn students into certified professionals who are job-ready, industry-relevant, and capable of powering Malaysia towards an AI-driven future.”

Kisah Alumni & Impak Sosial

Sebagai penutup program lapan bulan ini, media turut dijemput bertemu alumni yang telah berjaya beralih kerjaya ke sektor IT, memperoleh gaji lebih tinggi serta menikmati peningkatan mobiliti sosial.

Permohonan masih dibuka sehingga 15 Disember 2025.
Maklumat lanjut:
• www.nexpertsgrants.com
• www.nexpertsacademy.com

#NexpertsAcademy #YayasanPeneraju #MalaysiaAI2030 #BumiputeraTech #DigitalEconomyMY #CybersecurityMalaysia #CloudComputingMY #AIEducation #TechTalentMalaysia #KerjayaMasaDepan

Leave a Reply