KUALA LUMPUR, 19 November 2025 – EcoCeres Renewable Fuels (M) Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri tenaga hijau serantau apabila memilih Johor sebagai lokasi pelaburan baharu bagi pengeluaran Sustainable Aviation Fuel (SAF) – bahan api rendah karbon yang kini menjadi tumpuan global dalam usaha mendekarbonkan sektor penerbangan.
Dalam sesi penerangan bertajuk “Latest Development of Decarbonation of Aviation Industry: The Chance and the Challenges”, wakil syarikat, Mr Dennis Poon, menjelaskan bahawa EcoCeres menggunakan minyak buangan sebagai sumber utama, bukan minyak fosil atau minyak makanan seperti minyak sawit atau soya.
“Kami hanya menggunakan sisa minyak – seperti minyak masak terpakai dari restoran, kilang makanan dan kediaman. Apa yang orang anggap sebagai ‘waste’, bagi kami itulah ‘treasure’,” jelasnya.
Teknologi Proprietari, Emisi Hampir Sifar
EcoCeres menggunakan teknologi hidrogenasi untuk memecahkan minyak buangan kepada beberapa komponen:
HVO (diesel biobersih)
Bahan api penerbangan (SAF)
NAFTA untuk petrokimia
Produk berasaskan bio ini mempunyai kandungan sulfur yang hampir hampir sifar, menghasilkan pembakaran lebih bersih berbanding diesel atau jet fuel konvensional.
Poon turut menegaskan bahawa syarikat membangunkan 100% teknologi sendiri, termasuk katalis dan pembinaan loji, sekali gus mengurangkan kos dan melindungi harta intelek.
Penerbangan Tidak Punya Pilihan Lain
Menurut beliau, sektor pengangkutan darat kini mempunyai banyak pilihan seperti EV dan hidrogen, namun industri penerbangan tidak mempunyai alternatif bahan api lain.
“Aviation cannot use batteries. Teknologi bateri tidak cukup matang. Satu-satunya jalan adalah SAF,” katanya.
EcoCeres kini membekalkan SAF kepada beberapa syarikat antarabangsa termasuk Cathay Pacific dan British Airways, dan berharap dapat mengembangkan penggunaan SAF kepada syarikat penerbangan Malaysia.
Kenapa Pilih Malaysia?
Selepas meninjau beberapa negara Asia, EcoCeres memilih Johor kerana:
Infrastruktur minyak & gas sedia ada
Sokongan kerajaan terhadap industri tenaga hijau
Ekosistem logistik yang baik
Tenaga kerja tempatan yang kompeten
Lokasi strategik untuk pasaran serantau
Loji di Johor kini telah beroperasi, menghasilkan sekitar 1,000 tan produk sehari, sama seperti loji EcoCeres di China.
Cabaran Sebenar: Bekalan Bahan Mentah & Dasar Serantau
Walaupun industri SAF sangat berpotensi, Poon mengingatkan bahawa cabaran utama bukan teknologi semata-mata, tetapi bekalan feedstock seperti minyak masak terpakai, serta polisi perdagangan antara negara.
Beliau turut menyarankan kerjasama antara negara ASEAN untuk mengoptimumkan penggunaan sumber sisa minyak yang terhad.
“37 juta penduduk Malaysia hanya menghasilkan sekitar 200,000 tan UCO setahun. Jumlah itu tidak cukup untuk satu loji besar. Kita perlukan jaringan serantau,” katanya.
Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Akan Dilancar
EcoCeres turut merancang program kerjasama dengan kerajaan, MPOB dan pihak komuniti bagi menggalakkan pengumpulan minyak masak terpakai dari rumah ke rumah dan restoran.
Majlis Perasmian Awal Januari
EcoCeres akan mengadakan sebuah majlis pada awal Januari untuk memperkenalkan teknologi, manfaat alam sekitar serta peluang industri SAF kepada masyarakat tempatan.
#AATVExclusive #EcoCeres #SustainableAviationFuel #GreenEnergyMalaysia #JohorInvestment #WasteToEnergy #DecarbonizeAviation #CircularEconomy #RenewableFuels #FutureOfAviation