KUALA LUMPUR, 22 November 2025 — Cadangan pembinaan tol di laluan menuju Genting Highlands terus mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pemilik hartanah dan pengusaha Airbnb, khususnya di kawasan Ion Delemen.
Winnie, seorang pemilik kondominium di Ion Delemen, meluahkan rasa tidak puas hati apabila diminta mengulas mengenai khabar pembinaan tol tersebut.
“Saya pemilik Ion Delemen. Saya balik rumah untuk bercuti pun kena caj tol. Jika dulu saya tahu ada tol macam ni, saya tak akan beli. Siapa nak pergi sana lagi?” katanya.
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap kejatuhan nilai hartanah susulan kos tambahan perjalanan ke lokasi percutian itu.
“Saya beli lebih RM1 juta. Sekarang kalau nak jual pun, siapa mahu beli? Harga mesti jatuh. Balik rumah pun kena tol,” tambahnya.
Penduduk & Pengusaha Airbnb Turut Terjejas
Menurut Winnie, ramai penduduk di kawasan tersebut sudah menyatakan bantahan, termasuk pengusaha Airbnb yang menjangkakan kejatuhan jumlah pelancong ke Ion Delemen.
“Orang mesti pilih Goh Tong Jaya. Tol bawah sekali, naik lagi Goh Tong Jaya kena sekali lagi. Mana orang mahu?” jelasnya.
“Tak Sangka Ada Tol. Kalau Tahu, Saya Takkan Beli.”
Winnie mengakui beliau langsung tidak menjangka adanya tol baharu ketika membeli unit tersebut dua hingga tiga tahun lalu.
“Saya beli sebab suasana sejuk dan sesuai untuk percutian. Rumah bukan murah. Sekarang tiba-tiba kena tol, memang terkejut.”
Beliau yang sering menggunakan laluan Batang Kali juga kecewa apabila berkemungkinan semua laluan alternatif akan dikenakan tol.
“Dulu dari Batang Kali tak kena caj. Sekarang pun kena. Jadi laluan mana lagi yang tak kena tol?”
“Baik Pergi Cameron Highlands, Tak Ada Tol”
Winnie turut membandingkan Genting Highlands dengan Cameron Highlands, yang dianggap lebih mesra pelawat.
“Genting tempat orang travel. Kalau naik pun kena tol, siapa mahu pergi? Saya pun pilih Cameron Highlands. Pun sejuk, pun tak kena tol.”
Airbnb Di Ion Delemen Berdepan Masa Depan Tidak Menentu
Apabila ditanya mengenai penggunaan unit miliknya, Winnie mengakui beliau kini ragu untuk meneruskan Airbnb.
“Sekarang Airbnb pun tak ada orang mahu. Orang mesti pilih kawasan bawah yang tak kena tol. Saya di belakang, dekat Hard Rock dan Wingham. Memang terkesan.”
Cadangan tol ini dijangka memberi kesan besar kepada pasaran hartanah Genting Highlands sekiranya diteruskan, selain mengubah pola pelancongan serta ekonomi setempat. Reaksi penduduk dan pelancong kini menjadi perhatian utama pihak berkuasa.
#GentingHighlands #IonDelemen #TolGenting #BantahTol #IsuSemasaMalaysia #AATVNews #HartanahMalaysia #SuaraRakyat #AirbnbMalaysia #GentingCrisis