DAMANSARA, 22 November 2025 – Program Experience The Movement: SEN Symposium 2025 – Together We Thrive menegaskan komitmen berterusan Kewanis dalam memperkasa ibu bapa dan komuniti penjaga anak berkeperluan khas di Malaysia. Berlangsung dengan kehadiran ibu bapa, pakar, dan aktivis pendidikan khas, symposium ini menonjolkan pelbagai pengalaman sebenar yang jarang dikongsi secara terbuka.

Menurut Datin Hasnah, inisiatif SEN oleh Kewanis bukan hanya bertumpu kepada anak Down Syndrome, sebaliknya meliputi semua kategori anak berkeperluan khas. Jelasnya, program ini membantu ibu bapa memahami cabaran harian serta memberikan bimbingan praktikal dalam menangani keperluan anak istimewa mereka.

Sesi perkongsian turut menyentuh aspek emosi dan realiti sebenar yang dialami ibu bapa. Ms Ophelia, seorang ibu kepada anak autistik, menceritakan pengalamannya berdepan situasi sensory overload di tempat awam. Katanya, rasa selamat merupakan faktor utama untuk menenangkan anak, dan pengalaman itu mengajarnya untuk lebih memahami dunia sensori yang dilalui anak autistik.

Dalam pada itu, Dato’ Fatimah Saad menjelaskan bahawa SEN Symposium kini memasuki tahun kelima selepas bermula secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Sambutan yang tidak pernah surut menunjukkan betapa kuatnya keperluan ibu bapa untuk mendapatkan ilmu, sokongan, dan jaringan komuniti yang memahami cabaran mereka.

Tahun ini, program tersebut sekali lagi membuktikan keberkesanan pendekatannya apabila ia berjaya menghubungkan komuniti, memperluas rangkaian sokongan, serta menawarkan nilai tambah kepada ratusan keluarga yang benar-benar memerlukan pemerkasaan emosi dan pengetahuan.

#SENSymposium2025 #TogetherWeThrive #AnakIstimewa #SpecialNeedsMalaysia #Kiwanis #ParentSupport #AutismAwareness #DownSyndromeCommunity #InclusiveEducation #AATVNews

Leave a Reply