
KUALA LUMPUR, 26 November 2025 – Peminat nasi kandar seluruh negara bakal berpesta hujung minggu ini apabila Nasi Kandaq Fest 3.0 kembali dengan line-up vendor paling “Surrr!” sejak festival itu dianjurkan. Acara mega ini dianjurkan oleh FriedChillies bersama Datum Jelatek Shopping Centre, berlangsung pada 29 dan 30 November 2025, bersempena ulang tahun ketiga pusat beli-belah tersebut.
Tahun ini, festival itu menghimpunkan sembilan lejen nasi kandar dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor — menjadikannya edisi paling padu dengan sokongan rasmi daripada PRESMA (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia) serta komuniti Facebook Nasi Kandaq Hunters (NKH) yang kini mencecah 275,000 ahli.

LINE-UP NASI KANDAR PALING SURRR 2025
Sembilan vendor legenda yang bakal membuat peminat menggigil lapar termasuk:
Deens Maju (Penang)
Nasi Kandar Kampung Melayu (Penang)
Pelita (Chai Leng Park)
Kudu (KL)
Hameediyah
LC (Line Clear) Kampung Baru
Nasi Kandaq Talam (Johor)
Nasi Kandar Bawah Pokok (Penang)
Ibramsha (lokasi baharu)
Setiap vendor akan membawa lauk signature dan beberapa menu eksklusif khas untuk festival ini.
SOROTAN ACARA
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk:
Nasi Kandar RM3 pada jam 3:33 petang – untuk 333 pengunjung terawal setiap hari.
Pertandingan Pakaian Terbaik
Pertandingan makan untuk yang ‘kaki balun’
Pertandingan mewarna & aktiviti kanak-kanak
Persembahan pentas & demo memasak
Festival turut disokong oleh rakan jenama rasmi: Able Farm (Krimer Rasmi), Jasmine Rice (Beras Rasmi) dan ECOSAFA (Minyak Masak Rasmi).
FRIEDCHILLIES: “LINE-UP PALING PADU PERNAH!”
CEO FriedChillies, Adly Rizal, berkata edisi kali ini adalah yang paling besar:
“Tahun ini kami membawa sembilan vendor kegemaran rakyat dari Penang, KL dan Johor — dan ini sememangnya line-up paling Surrr setakat ini. Akses LRT, parkir luas dan suasana makan yang selesa menjadikan Datum Jelatek lokasi sempurna.”
DATUM JELATEK SAMBUT ULANG TAHUN DENGAN MERIAH
CEO Datum Jelatek Shopping Centre, Zetty Rahim, menegaskan festival ini selari dengan identiti pusat beli-belah tersebut sebagai ruang komuniti dan budaya.
“Menghimpunkan sembilan lejen nasi kandar di bawah satu bumbung adalah pengalaman jarang berlaku. Kami bangga membawanya untuk ulang tahun ketiga kami.”
PRESMA: ANGKAT WARISAN KULINARI MALAYSIA
Presiden PRESMA, Dato’ Mohamed Mosin, menyatakan sokongan penuh:
“Nasi kandar bukan sekadar makanan — ia simbol budaya dan identiti. Festival seperti ini mengangkat maruah dan kerja keras para pengusaha restoran di seluruh negara.”
NKH: KOMUNITI PEMBURU NASI KANDAR PANTANG DITINGGAL
Admin NKH, Pandai Othman, mengajak ahli komuniti turun beramai-ramai:
“Dengan sembilan nama besar yang dipilih, peminat pasti puas. Ini masa untuk jumpa geng, makan besar dan meraikan warisan nasi kandar.”
MAKLUMAT ACARA
Tarikh: 29–30 November 2025
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur
Akses: LRT Jelatek (laluan berbumbung terus ke mall)
Parkir: Ruang parkir dalaman yang luas
Pengunjung digalakkan datang awal terutama untuk promosi nasi kandar RM3.
Maklumat lanjut:
www.friedchillies.com
IG/FB: @friedchillies
IG: @datumjelatek.shoppingcentre
#NasiKandaqFest3 #SurrrPadu #NasiKandarLegend #KualaLumpurFoodFest #JomSerbuDatumJelatek #FoodHunterMalaysian #NasiKandaqHunters #FriedChillies #MakanPowerMalaysia #SupportLocalFood