KUALA LUMPURAktivis sosial, Dato’ Dr. Kalaivanar dari Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, tampil mengulas fenomena kebangkitan semula slogan “Hidup Najib, Hidup Bossku” yang kembali dilaungkan oleh sebahagian rakyat. Menurutnya, perubahan sentimen ini berlaku akibat kekecewaan masyarakat terhadap keadaan ekonomi semasa.

Dalam sesi temubual bersama AATV, beliau menyatakan bahawa ramai rakyat “menyesal” selepas melihat keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

“Tiba-tiba hidup Najib, hidup Bossku… mereka menyesal,” katanya.

Beliau turut menyentuh tentang perbandingan yang dibuat rakyat antara pentadbiran terdahulu dan keadaan masa kini.

“Walaupun kerajaan sekarang mengangkat slogan Madani, rakyat mula bertanya kenapa dalam masa singkat mereka semakin benci dan mengapa pula memuji Najib,” tambah beliau.

Dato’ Dr. Kalaivanar menegaskan bahawa beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah atau mencampuri proses perundangan.

“Saya tidak pertikaikan hal mahkamah. Itu biar Yang Arif putus. Tetapi rakyat masih sayang kepada Najib kerana pengalaman hidup mereka pada masa itu,” jelasnya.

Beliau menyebut bahawa ramai yang merujuk kembali kepada era pentadbiran Najib Razak kerana merasakan keadaan ekonomi lebih stabil ketika itu.

“Masa Najib, ekonomi kita lebih baik. Pengusaha lori, pemandu lori, tukang sapu — semua mendapat manfaat daripada BR1M dan peluang pendapatan lebih baik,” katanya.

Mengulas fenomena nostalgia politik ini, beliau berkata rakyat mula mengimbas kembali tokoh yang mereka anggap berjasa apabila berdepan tekanan ekonomi.

“Bila masa keruh, barulah kita ingat masa sebelumnya. Itu sebabnya rakyat kembali menyebut nama Najib,” ujar beliau lagi.

Dato’ Dr. Kalaivanar menutup kenyataannya dengan menyatakan bahawa kekecewaan terhadap situasi semasa menyebabkan sebilangan rakyat merasakan harapan yang mereka berikan sebelum ini tidak menghasilkan perubahan yang diinginkan.

#AATV #IsuSemasa #EkonomiMalaysia #Bossku #NajibRazak #KerajaanMadani #SuaraRakyat #AnalisisPolitik #SentimenRakyat #AATVNews

Leave a Reply