Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi mengucapkan tahniah kepada Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi Datuk Sri Azalina Othman Said yang mengumumkan satu RCI akan dilakukan terhadap Tommy Thomas.

Menurut Dr Puad, RCI ini adalah syor Pasukan Petugas Khas terhadap buku Tommy Thomas.

Beliau jugak bersetuju dengan Azalina bahawa RCI ini perlu dilakukan yang bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor reformasi institusi perundangan negara, katanya dalam satu kenyataan di Laman Facebook milik beliau.

Tambah Dr Puad, “Laporan itu menyebut wujudnya campur tangan tentang perlantikan Hakim dan Ketua Hakim oleh Tommy Thomas dan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Terlalu banyak kontroversi. Termasuk Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengesahkan draf penghakiman rayuan kes SRC Najib telah bocor. Rupanya keputusan sudah dibuat awal,” katanya

Justeru, tidak perlu orang lain takut mengenai perkara ini dan semoga Tengku Maimun juga tidak menuduh usaha ini untuk menakut-nakutkan badan kehakiman.

Leave a Reply