KUALA LUMPUR – Berita gembira untuk golongan ‘Rahmah’ dan B40 kerana buat pertama kalinya mereka tidak perlu mengumpul wang yang banyak untuk memiliki pakaian raya sebagaimana dijual di Pavillion, KLCC.
Ini kerana mereka boleh membeli baju kualiti, premium pada harga murah di festival beli belah, Horrey X Fest Raya yang berlangsung selama 72 jam, tanpa henti bermula 19 April hingga 21 April ini.
Penganjuran Hooray X Fest Raya yang mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) dan Artist Corner itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sehingga 21 April 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, seramai 400 vendor dijangka akan ‘membuang harga’ semaksimum mungkin untuk menghabiskan stok jualan raya mereka.
“Kelebihan bagi pengunjung adalah mereka boleh mendapat harga murah kalah Rahmah contohnya harga asal RM100 boleh dapat RM50, kalau harga asal RM50 boleh dapat RM25.
“Sepanjang event, pengacara majlis (MC) akan memasang lagu Horrey beberapa minit dan ketika itu vendor diwajibkan menurunkan harga, diskaun habis.
“Berapa kekerapan lagu akan dipasangkan bergantung kepada MC, namun selain tempoh itu vendor dibenarkan turunkan harga mengikut kreativiti mereka.
“Tujuan kami adalah dapat bantu selesaikan jualan vendor-vendor, habiskan stok sebelum Raya selain membantu golongan marhean dapat menikmati baju raya premium dengan harga pasar malam.
“Kami juga sedang dapatkan harga flat untuk parkir di hotel berhampiran jika ruang parkir di WTC penuh, ” katanya kepada dipetik Media Variasi.
Pada penganjuran Horrey X Fest Raya terdapat 100 usahawan selebriti yang terlibat dalam jualan borong raya itu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Rusia.
Artis yang bakal terlibat antaranya Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Amirchik dan ramai lagi.
Hoorrey X Fest Raya ini memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk peniaga lain untuk berniaga di tapak yang kami sediakan dengan tawaran sewa tapak pada harga serendah RM1,500.
Acara menarik lain turut diselitkan seperti Infaq Ramadan Hoorrey berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTC.
Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Mazlan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).