KUALA LUMPUR – Pengurus Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik, menyindir, Syamsul Yusof bahawa pelakon berkenaan tidak perlu lagi meneruskan projek terbaharu dengan pengarah kontroversi itu.
Diyana yang juga isteri Aaron itu berkata, mengucapkan syukur malah menyerahkan kepada ketetapan Tuhan atas setiap perkara yang berlaku.
“Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini, Allah lebih tahu dan perancang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya.
Diyana, 42, juga turut menyindir suami kepada pelakon yang sedang berjuang untuk mempertahankan haknya, Puteri Sarah Liyana itu, supaya menerima nasib yang sama seperti Aaron, ketika sudah berusia dan diuji kesihatan.
Diyana menjelaskan, kecederaan tulang belakang Aaron itu beberapa tahun lalu berpunca daripada penglibatan dalam filem KL Gangster, arahan Syamsul sendiri.
“Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan,” katanya.
Sepanjang penggambaran KL Gangster itu, Diyana berkongsi luahan dia banyak kali menangis kerana perlu melalui detik sukar sebagai pengurus artis kepada Aaron.
Bagaimanapun, dia mengambil iktibar atas perkara yang berlaku dan menegaskan apa yang terjadi, budi bahasa perlu diutamakan.
“Saya kini sedar kalau nak all out kita perlu tengok siapa, berbudi dan berbahasa penting,” katanya.
Terdahulu, Aaron meluahkan rasa terkilan apabila diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut, malah Syamsul juga enggan berjumpa dengannya.
“Aku ajak kau jumpa, kau tak nak jumpa aku. Bila kau nak, kau datang rumah aku dengan cara baik. Bila tak nak, kau buang aku macam sampah. Aku ajak jumpa, boleh tengok badan aku kurus ke tidak,” katanya menerusi satu video dimuatnaik di Instagramnya.
Syamsul dilaporkan, dia mengeluarkan kenyataan punca menggugurkan nama pelakon Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster kerana sudah tua dan gemuk.
Syamsul kebelakangan ini, selain Aaron, dia dilihat sedang berperang isu bukan sahaja dengan Puteri Sarah, kedua ibu bapanya, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Farid Kamil.