KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar Lembah Klang, jika nampak van dengan label iklan pada kenderaan itu, Hoorrey X Fest Raya, kejar dan dapatkan baucer maksimum sehingga RM200.
Ia adalah sebahagian program jualan raya ‘buang’ harga habis-habisan, Hoorrey X Fest Raya, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selama 72 jam, tanpa henti bermula 19 April nanti.
Penganjuran Hoorrey X Fest Raya, mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM), Artist Corner dan MEDIA VARIASI, sebagai media rasmi program.
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, berkata pihaknya menyediakan satu van khas Hoorrey X Fest yang akan mengelilingi Lembah Klang.
“Orang ramai yang nampak van Horrey X Fest Raya kena kejar, kena tahan dan minta baucer.
“Baucer ada dari RM50, RM100, RM200 kena tuntut untuk tebus nilai di 400 vendor terpilih sepanjang tiga hari jualan raya Hoorrey X Fest nanti.
“Sepanjang event, pengacara majlis (MC) akan memasang lagu Horrey beberapa minit dan ketika itu vendor diwajibkan menurunkan harga, diskaun habis.
“Beberapa lagu akan kerap dipasangkan bergantung kepada MC, namun vendor dibenarkan turunkan harga mengikut kreativiti mereka.
“Tujuan kami adalah dapat bantu selesaikan jualan vendor-vendor, habiskan stok sebelum Raya selain membantu golongan marhean dapat menikmati baju raya premium dengan harga pasar malam, ” katanya dipetik MEDIA VARIASI.
Terdapat 100 usahawan selebriti yang terlibat dalam jualan borong raya itu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Rusia.
Artis yang bakal terlibat antaranya Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Amirchik
dan ramai lagi.
Hoorrey X Fest Raya ini memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk peniaga lain untuk berniaga di tapak yang kami sediakan dengan tawaran sewa tapak pada harga serendah RM1,500.
Acara menarik lain turut diselitkan seperti Infaq Ramadan Hoorrey berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTC.
Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Mazlan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).