KUALA LUMPUR: Kehebatan dan kecanggihan teknologi telefon pintar sekarang ini kadang-kadang luar biasa dan di luar imaginasi pengguna.
Tidak hairanlah ramai yang berebut untuk mendapat koleksi telefon pintar terbaharu terutama bagi mereka yang gilakan gajet.
Terbaharu daripada Honor Malaysia, Honor Magic5 Pro yang yang memiliki teknologi kamera Star Wheel Triple di mana ia memiliki resolusi 50 MP terhadap ketiga-tiga lensa iaitu kamera utama, lebar dan ultra lebar.
Tidak hairanlah model siri Magic kali ini digelar telefon pintar flagship Dark Horse.
Dengan menguji kecekapan kamera berkenaan, menangkap gambar objek yang bergerak seperti manusia, nyata ia memberikan hasil yang sungguh luar biasa.
Walaupun agak kurang yakin adakah telefon ini mampu menangkap gambar seperti itu, namun hasil yang diberikan tepat dan jelas.
Tidak dinafikan, hasil yang diberikan oleh telefon ini juga bagaikan kamera canggih namun ia hanyalah sebuah telefon bimbit yang penuh dengan perisian mengagumkan.
Mengambil gambar dari jarak jauh juga dapat dilihat gambar jelas dan sharp. Sedikitpun tidak pecah atau bergegar.
Jika digunakan dalam mod manual, ia boleh melaraskan pencahayaan mengikut kehendak suntingan gambar yang dimahukan.
Nyata, kamera yang dipasangkan pada Magic5 Pro membuatkan ramai yang tidak sabar menanti spesifikasi penuh terhadap model Honor ini.
Bakal dilancarkan pada 6 April tahun ini, pastinya lebih banyak ulasan mengenai kehebatan telefon pintar ini ingin diketahui oleh pengguna.
Spesifikasi HONOR Magic5 Pro
- Badan: 162.9×76.7×8.8mm, 219g; Depan kaca, belakang kaca; kerintangan debu dan air IP68 (sehingga 1.5m untuk 30 min).
- Skrin: 6.81″ LTPO OLED, 1B warna, 120Hz, HDR10+, 1800 nits (puncak), resolusi 1312×2848 piksel, nisbah aspek 19.54:9, 460ppi.
- Pemprosesan: Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm): Octa-core (1×3.2 GHz Cortex-X3 & 2×2.8 GHz Cortex-A715 & 2×2.8 GHz Cortex-A710 & 3×2.0 GHz Cortex-A510); Adreno 740.
- Memori: ROM 512GB RAM 16GB; UFS 4.0.
- OS/Perisian: Android 13, MagicOS 7.1.
- Kamera belakang: Lebar (utama): 50 MP, f/1.6, 23mm, 1/1.12″ 1.4µm, multi-directional PDAF, Laser AF, OIS; Telefoto: 50 MP, f/3.0, 90mm, PDAF, OIS, 3.5x zum optikal; sudut ultra lebar: 50 MP, f/2.0, 13mm, 122˚, 1/2.5″, AF; Berkedalaman: TOF 3D.
- Kamera hadapan: Lebar (utama): 12 MP, f/2.4, 100˚, 1.22µm; Berkedalaman: TOF 3D.
- Rakaman video: Kamera Belakang: 4K@30/60fps, 1080p@30/60fps, gyro-EIS, HDR10, 10-bit video; Kamera Hadapan: 4K@30fps, 1080p@60fps.
- Bateri: 5100mAh; berwayar 66W, nirwayar dan nirwayar berbalik 50W, berwayar berbalik 5W.
- Lain-lain: Pengimbas cap jari (bawah skrin, optikal); port Inframerah; pembesar suara stereo.
Menyahkotak HONOR Magic5 Pro
HONOR Magic5 Pro didatangkan di dalam kotak berwarna hitam bersama-sama pengecas 66W, kabel USB A-to-C 6A dan juga selongsong lutsinar silikon lembut khas untuk telefon pintar berkenaan.
Berbanding jenama pengeluar telefon pintar lain, HONOR masih lagi kekal menawarkan bersama-sama aksesori di dalam kotak pembungkusan telefon pintarnya. Untuk HONOR Magic5 Pro, di dalamnya mengandungi:
- 1x Honor Magic5 Pro.
- 1x Kerangka silikon.
- 1x Pengecas 66W
- 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
- 1x Manual.
- 1x Pin SIM.
Permukaan skrinnya juga dilapisi dengan pelindung skrin nipis yang dapat membantu pengguna untuk menjaga peranti ini dengan lebih baik.
Rekaan
HONOR Magic5 Pro mempunyai ciri yang hampir sama dengan Magic4 Pro melalui rekaan skrin melengkung dan permukaan berkaca. Paparan hadapan telefon pintar ini juga mempunyai ruangan berpenebuk lubang berbentuk pil, selain turut mempunyai kerintangan air dan debu IP68.
Untuk pasaran global, telefon pintar ini hadir dengan pilihan warna Black dan juga Meadow Green seperti unit ulasan yang kami terima ini. Turut ditawarkan pilihan kemasan kulit eco berwarna jingga, namun ia hanya terhad di pasaran China sahaja.
Berukuran 76.7 x 162.9 x 8.77 mm dan berat 219g, HONOR Magic5 Pro masih lagi mengekalkan ciri rekaannya yang menarik sebagaimana Magic4 Pro sebelum ini. Sungguhpun kelihatan cantik dan menarik pada luarannya, saya berpandangan ia agak kurang praktikal kerana bahagian atasnya lebih berat berbanding bawahnya kerana modul-modul kameranya.
Sistem kamera di belakangnya mempunyai tiga kamera 50MP yang terdiri daripada
- Lebar (utama): 50 MP, f/1.6, 23mm, 1/1.12″ 1.4µm, berbilang arah PDAF, Laser AF, OIS;
- Telefoto: 50 MP, f/3.0, 90mm, PDAF, OIS, 3.5x zum optikal;
- Ultra lebar: 50 MP, f/2.0, 13mm, 122˚, 1/2.5″, AF
Turut melengkapkan kamera-kamera berkenaan, sistem pemfokusan berlaser 8×8 dToF untuk autofokus dan pemetaan kedalaman. Ia juga mempunyai satu lampu flash LED, sensor flicker dan sensor warna berbilang spektrum.
Harga untuk di pasaran Malaysia buat masa ini belum lagi dipastikan, namun untuk pasaran Eropah ia dijual pada harga €1,200 (~RM5,700) ketika diumumkan.