Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah melantik Abdul Rahman Siraj sebagai Pengarah Eksekutif YWP.

Lantikan itu berkuatkuasa 1 Mac
2023 bagi tempoh tiga tahun.

Menurut kenyataan media, Abdul Rahman berkelulusan perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, kelayakan profesional dari Malaysia Institute of Accountants dan keahlian penuh di dalam Institute of International Auditors (IIA).

Beliau memiliki pengalaman
luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial dan pernah memegang jawatan utama di dalam pengurusan, tadbir urus korporat, audit dan pengurusan risiko.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa syarikat korporat sebagai Pengurus Besar Kanan di Institut Jantung Negara, Pengarah Eksekutif di Multimedia Synergy
Corporation Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif, Taliworks Corporation Berhad serta Pengurus Besar Pelaburan, Khazanah Nasional Berhad.

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pusrawi Sdn Bhd.

YWP percaya dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang beliau di dalam bidang korporat, ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan YWP untuk memberi khidmat yang terbaik kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, khususnya buat golongan rentan dan B40.