KUALA LUMPUR – Menyarung busana persalinan jenama Rizman Ruzaini (RR), pastinya memberi perasaan dan aura luar biasa kepada pemakainya, sekali gus menjadi pilihan utama wanita Malaysia.

Bukan sahaja tampil lebih bergaya, tetapi kualiti pakaian premiumnya mampu dimiliki peminatnya pada harga mengikut kemampuan masing-masing.

Justeru, RR Muses Royalties kali ini membawa wajah istimewa 10 selebriti berpengaruh tanah air, dengan penampilan koleksi busana RR Raya 2023 yang disuntik dengan elemen lebih segar.

Barisan selebriti yang menjayakan kempen ini antaranya Mira Filzah, Erra Fazira, Nabila Huda, Diana Danielle, Amelia Henderson, Marsha Milan, Daiyan Trisha, Nabila Razali, Sharifah Rose dan Natasha Hudson.

Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, pemilihan selebriti adalah berdasarkan generasi dengan penampilan berlainan.

“Rizman Ruzaini mempunyai latar pelanggan yang pelbagai daripada segi umur mahupun gaya hidup.

“Sejajar dengan itu, Muses yang dipilih mestilah dapat mewakili setiap pelanggan kami ini, tidak memfokuskan hanya pada satu kumpulan sahaja.

“Sebab itu kalau dilihat kita ada selebriti senior dan baharu dalam kempen ini.

“Setiap mereka memberi impak berbeza tetapi pada satu objektif yang sama mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’.” katanya.

Katanya, 10 Muses berkenaan akan menampilkan persalinan RR Printed Kurung yang diinspirasikan daripada Kurung Pahang dan Kurung Kedah.

Persalinan busana RR Printed Kurung boleh didapati pada harga RM399 dengan saiz XS hingga 3XL.

“Istimewanya, setiap selebriti mempunyai lebih daripada satu siri rekaan.

“Sebagai contoh, Mira Filzah mempunyai empat rekaan iaitu RR Mira in Black Gold dan Black Silver, serta Mira in Maroon dan in Cream.

“Rekaan RR Kurung Printed potongan tradisi dengan suntikan lebih segar dan moden, praktikal dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Pada kempen sama, Rizman Ruzaini turut melancarkan RR Basic Kurung dengan material Poly Garbedine, yang direka polos, dan mempunyai 28 pilihan warna mewah sebagai tarikan utamanya.

RR Basic Kurung boleh didapati pada harga RM299 dari saiz XS hingga 3XL.

“Baju kurung ini selesa untuk digayakan sepanjang hari dan memberikan jatuhan kain yang sangat cantik,” katanya.

Koleksi ini dicipta sebagai memenuhi kehendak dan memudahkan wanita Malaysia yang mahu bergaya sedondon bersama si dia, keluarga atau kawan-kawan dengan semua pilihan warna yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi DR Printed Kurung dan RR Basic Kurung, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.rizmanruzaini.my.

Pembelian terus juga boleh dibuat di RR Pop Up Booth di lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).