Ramadhan memberi peluang mendekatkan diri kepada sang Pencipta selain berlumba-lumba mencari pahala berganda.
Kesempatan mengisi masa di akhir ramadhan kali ini, Galeri Nur Raudhah menjemput para pengamal Media, untuk melihat dari dekat Barangan Athar Baginda Nabi Muhammad SAW. Semuanya dengan tujuan untuk memberi peluang dan membuka laluan kepada umat Islam dan sesiapa saja yang terpanggil untuk hadir ke sini (Galeri Nur Raudhah) dengan satu tujuan iaitu ziarah barangan peribadi Rasulullah SAW secara lebih dekat dengan percuma.
Secara peribadi, kita sangat beruntung terpilih menjadi umat baginda Rasulullah SAW, dan berpeluang mendapatkan jaminan syafaat Nabi SAW di akhirat nanti.
Menurut Penyelaras dan jurucakap Galeri Nur Raudhah, Ust Md. Zawawi Ramli, beliau memberitahu bahawa tujuan dikongsikan dan diadakan ziarah ini adalah untuk memberi makluman kepada masyarakat (ummat Islam) bukti barangan peribadi dan sejarah peninggalan Nabi wujud dan terbukti tulen dari hasil kajian Prof Dr Haji Abdul Manan Embong.
Galeri ini mendapat kerjasama daripada seorang pakar arkeologi artifak Islam dunia, iaitu Allahyarham Datuk Prof Dr Abdul Manan Embong yang juga pemilik kepada Galeri Warisan MAR Terengganu.
Prof Juga merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dikira terbanyak memiliki serta menghimpunkan khazanah artifak athar Baginda Nabi Muhammad SAW.