KUALA LUMPUR – Jenama butik terkemuka negara, Rizman Ruzaini menghimpunkan lebih 100,000 RR Royalties pada kempen koleksi raya yang bertempat di lima lokasi RR Pop Up Booth terpilih di seluruh negara.
Lima lokasi terlibat ialah, di sekitar Kuala Lumpur iaitu Farenheit88 pada 27 Mac hingga 30 April, Shangri-La Hotel (28 Mac – 30 April), dan Absolut Bazaar (14-17 April); di Central I-City, Shah Alam (4 Mac hingga 30 April), dan Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April)
Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, berkata platform jualan lebih tertumpu secara dalam talian dan ia membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin dibeli.
Justeru, katanya, tujuan utama RR Pop Up Booth diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
“Dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya.
“Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka,” katanya.
Menerusi kempen itu juga, Rizman Ruzaini menyusun aktiviti menarik selain promosi tawaran harga istimewa dan sesi ‘happy hour’ yang akan membuatkan RR Royalties ’rambang mata’ untuk membeli-belah.
“Antara aktiviti yang menanti pelanggan RR ialah sesi Meet & Greet bersama selebriti kesayangan ramai yang sebahagian besarnya terdiri daripada RR Muses sendiri seperti Mira Filzah, Diana Danielle, Marsha, Sharifah Rose, Nazim Othman, Daler Yusuf, Malek Mccrone dan ramai lagi.
“Lebih menarik lagi, di RR Pop Up Booth itu nanti, akan turut diadakan persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan. Pasti meriah dan gamat jadinya!
Rizman berkata, penganjuran RR Pop Up Booth itu juga memberi platform kepada pengedar, RR Icon dari seluruh negara untuk menjana pendapatan tambahan di musim perayaan ini.
Katanya, kira-kira 100,000 RR Royalties akan menyerbu RR Pop Up Booth ini sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pastinya aura produk Rizman Ruzaini itu sendiri seperti baju raya, skarf dan aksesori yang akan menarik mereka ke booth tersebut di samping tawaran menarik yang disediakan.