KUALA LUMPUR – Ketibaan bulan Ramadan membawa kebaikan dan keberkatan kepada umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran.
Kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima Berhad sedang rancak dijalankan di semua platform dalam menyantuni setiap lapisan masyarakat menerusi aktiviti kemasyarakatan dan memaparkan kandungan menarik di saluran TV, radio dan digital media.
Tinggal dua minggu lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ahli keluarga dan sanak saudara.
Sentiasa menjadi pilihan utama oleh penonton di musim lebaran, TV3 dan TV9 terus komited untuk menyediakan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi dan bual bicara, hiburan serta drama untuk tontonan ramai sepanjang dua minggu pertama di bulan Syawal.
Selain menonton di TV3 dan TV9, anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.
Di TV3, nantikan program inspirasi dan bual bicara seperti Malaysia Hari Ini Raya, Tanyalah Ustaz Raya dan Detik 12 Malam Raya, program hiburan seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya, Famili Duo Raya, Tonton Soundstage X Seindah Kasih dan Dimensi AJL37, mini siri raya iaitu Cikgu Terpaling A dan Geng Daddy Daddy, tidak ketinggalan juga telefilem raya seperti Maaf Terakhir, Cik Diva Balik Kampung, Nun Mati Bertemu Alif, Demi Masa, Keikhlasan Cinta, Hello Suri dan Tonton Original: Seindah Kasih serta dua drama bersiri popular iaitu Akasia: Kerasnya Takdir dan Sakura: Segenap Takdir.
TV9 menyediakan filem-filem blockbuster untuk tontonan seisi keluarga menerusi slot Kuasa 3 Malam dan Wayang Hujung Minggu seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Jumanji: Welcome To The Jungle, KL Special Force, The Mummy, The Mummy Returns dan Senario The Movie.
Tidak ketinggalan juga episod akhir Dapur Tempur Ra-Ra yang menampilkan pasangan pasangan selebriti ibu & anak Nabila Huda & Keisha Laila (“Double Trouble”) bertempur dengan kakak & adik Idziatul Shima Samarudin, & Muhammad Hanis Samarudin (“Seketul Rasa”) .
Eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia mempersembahkan Tonton Original: Seindah Kasih lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul dari 12 April 2023 dan Tonton Soundstage X Seindah Kasih yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.
Kedua-dua program ini juga akan disiarkan di TV3 pada hari raya.
Program yang wajib ditonton ketika sibuk membuat persiapan raya akhir di malam raya semestinya Sampaikan Raya! Dihoskan oleh Izzue Izlam dan Janna Nick, nantikan perkongsian menarik daripada selebriti-selebriti popular tentang nostalgia sambutan Hari Raya, persiapan Hari Raya dan juga persembahan nyanyian hebat mengiringi kira turun detik tibanya Syawal pertama daripada Ernie Zakri, Syamel, Kaka Azraff, Bella Astillah, Adira Suhaimi, Tomok, Rahmad Mega, Nabila Razali dan ramai lagi.
Melodi Raya 2023 membawa penonton ke rumah terbuka Melodi dengan menjemput selebriti popular tanah air untuk berkongsi isu hangat dalam industri hiburan.
Tidak ketinggalan juga persembahan istimewa daripada Ryan Bakeri, Andi Bernadee, Amy Search, Wany Hasrita, Shila Amzah, Liza Hanim, De Fam, Shiha Zikir, Hazama, Khai Bahar, Aliff Aziz, Bella Astillah, Janna Nick, Zara Zya, Nabila Razali, Zamani, Amir Masdi, Ismail Izzani dan Naim Daniel.
Famili Duo Raya menghimpunkan sekali lagi 7 pasangan selebriti yang telah mencipta fenomena besar ketika program Famili Duo.
Dihoskan oleh Sean Lee dan Janna Nick dengan penampilan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri, saksikan persembahan lagu raya daripada Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Ayda Jebat & Fyna Jebat, Bella Astillah & Wani Kayrie, Naim Daniel & Sissy Iman, Ara Johari & Shafiq Erwin, Siti Sairah & Siti Saidah dan Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique di edisi istimewa ini.
Di sebalik kegemilangan Anugerah Juara Lagu, keringat dan usaha daripada krew produksi, 12 finalis yang bertanding dan mereka yang berada di belakang tabir harus dipertontonkan kepada peminat muzik.
Dimensi AJL 37 menelusuri perjalanan di sebalik tabir pembikinan anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu 37 dari peringkat awal.
Program selama satu jam ini merangkumi dari pertemuan dengan 12 finalis, perancangan promosi, persiapan pentas dan lokasi, rakaman studio, latihan vokal, sesi pakaian, sesi raptai, aktiviti di belakang pentas, persembahan secara langsung dan proses pembuatan Trofi AJL.
Program inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga di TV3 dan TV9. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi.
Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Takbir Raya, solat raya dan khutbah raya. Detik 12 Malam Raya, episod istimewa membongkar kisah mistik sihir dan saka yang membelenggu sebuah keluarga.
Untuk penggemar drama, seleksi telefilem raya di TV3 tidak pernah mengecewakan dengan naskah hebat dari isu kekeluargaan yang menyentuh hati, genre komedi yang mencuit hati ataupun kisah cinta yang romantik.
Jangan lupa janji temu anda dengan pelakon-pelakon handalan pada setiap hari, jam 2.00 petang dari Hari Raya pertama hingga keenam di Maaf Terakhir (Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabila Huda, Ashraf Muslim), Cik Diva Balik Kampung (Shiha Zikir, Syazuwan Hassan, Amyza Aznan), Nun Mati Bertemu Alif (Luqman Hafidz, Anas Ridzwan, Wanie Ooi, Mathni Razak, Sufian Suhaimi), Demi Masa (Faizal Hussein, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Ruminah Sidek), Keikhlasan Cinta (Daiyan Trisha, Syarul Ezani, Rita Rudaini, Nas T), dan Hello Suri (Black, Syazwan Zulkifly, Sophia Albarakbah).
Kehangatan menonton drama bersiri popular diteruskan dengan Akasia: Kerasnya Takdir (Amyra Rosli & Redza Rosli) dan Sakura: Segenap Takdir (Siti Khadijah Halim & Niezam Zaidi), serta dua mini siri raya iaitu Cikgu Terpaling A! (Scha Elinnea, Izzue Islam & Zamarul Hisham) dan Geng Daddy Daddy (Rahmad Mega, Fahrin Ahmad & Zamarul Hisham).