SUNGAI BULOH – Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda. Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan Majlis Iftar Hargai jasa Aflet pada 16 April 2023, bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Saujana Utama, Selangor.
Program ini adalah salah satu inisiatif menghargai bekas-bekas atlet dan atlet para yang telah berjasa mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia a peringkat tertinggi.
Melalui majlis ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30,000 laitu sumbangan Aidilfitri kepada 150 penerima untuk membantu mengurangkan beban mereka dalam menyambut kemeriahan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
Dalam program ini juga, peruntukkan berjumlah RM22.500 turut disumbangkan kepada 45 Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan RM10.000 kepada Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama.
Penganjuran majlis dan sumbangan Aidilfitri ini adalah komitmen jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) demi memastikan kebajikan bekas-bekas atlet dan juga atlet para sentiasa menjadi keutamaan.
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri terus mempergiatkan aktiviti dan program yang melibatkan lagenda sukan termasuklah program Ceria Atlet Selangor 2023 yang telahpun masuk tahun keempat penganjurannya.
Program ini adalah usaha Kerajaan Negeri mendekati komuniti sukan, sekaligus, sentiasa prihatin mengenai kebajikan mereka yang telah banyak berjasa kepada Negeri Selangor dan Malaysia.