KUALA LUMPUR – Seramai 400 penduduk menerima sumbangan Aidilfitri dan bantuan persekolahan hasil inisiatif Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas Setiawangsa (PAWE) yang diadakan baru-baru ini.

Inisiatif itu turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan NGO dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sentul.

Pengerusi PAWE, Hussin Yussuf berkata, ini adalah sebahagian daripada aktiviti PAWE dalam merancakkan persatuan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berfaedah.

“Boleh dikatakan Ramadan adalah aktiviti wajib dalam mengadakan program seperti ini dengan pemberian bubur lambuk, pemberian bantuan persekolahan, bacaan al-Quran dan Khatam Tadarus.

“Insya-Allah kami berharap dapat mengadakan pelbagai aktiviti lain di masa akan datang. Terima kasih juga kepada badan-badan NGO yang turut memberikan kerjasama,” katanya.

Hussin berkata, bantuan persekolahan diberikan pada kali ini berikutan sambutan Ramadan dan persekolahan berjalan hampir serentak.

“Bantuan diberikan kepada semua lapisan masyarakat di kawasan berhampiran dan tidak mengenal agama serta bangsa,” katanya lagi.

By Cynthia

Leave a Reply