KUALA LUMPUR – Bakal mengadakan konsert pertama di ibu kota tidak lama lagi, kumpulan yang menggelar diri mereka Juicy Luicy akui teruja dan tidak sabar bertemu peminat di sini.

Ditubuhkan secara rasmi pada 2012, kumpulan ini dibarisi oleh Julian Kaisar (vokal), Denis Ligia (gitar), Zamzam YM (saxophone), Dwi Nugroho (drums), dan Bina Bagja (bass).

Vokalisnya, Julian Kaisar berkata, ini adalah konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur, dan Juicy Luicy band didalam fasa persiapan konsert.

“Perbincangan pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan, senarai lagu lagu hits kami khas untuk fans di Malaysia dengan arrangemen “live” yang sesuai untuk peminat menyanyi bersama sama kami.

“Kami akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu hits seperti Jangan Tergesa, Lantas, Tampar, Mawar Jingga, Terlalu Tinggi dan lain lain lagi, khusus buat mengubat kerinduan peminat setia kami di sini,” katanya.

Julian berkata, jika ada peminat yang ingin mereka menyampaikan lagu kegemaran mereka, boleh tinggalkan komen di akaun Instagram @miebirdprojects supaya mereka boleh pertimbangkan lagu itu nanti.

Sementara itu, pemain gitar Juicy Luicy, Denis pula berkata, mereka sudah lama menanti peluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia yang juga penyokong kuat mereka sejak awal penubuhan Juicy Luicy.

“Kami perlu terus berkarya dan menghasilkan karya yang jujur buat peminat. Karya yang jujur perlu lahir dari hati. Kami akui persaingan dari kumpulan lain cukup besar di Indonesia tetapi setiap kumpulan ada kelebihan dan tarikan tersendiri dan peminat pun ada band kegemaran mereka.

“Tanpa peminat, tidak mungkin kami akan membuat persembahan di sini. Tentunya ini sangat membahagiakan bagi kami dimana salah salah satu tujuan Juicy Luicy adalah bisa bermain di luar negeri dan itu akhirnya bisa terwujud.

“Kami pasti akan lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghiburkan fans di Malaysia,” katanya.

Juicy Luicy adalah satu jenama muzik baru di Malaysia. Lagu mereka terkesan di hati pendengar dengan muzik yang kontemporari, lirik yang ringkas namun bermutu dan imej mereka yang bersih dan penuh gaya.

Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur tahun ini dijangka akan membangkitkan satu gelombang muzik yang pasti menarik ramai pendengar dan peminat mereka di Malaysia.

Juicy Luicy akan mengadakan persembahan konsert solo mereka di Zepp KL pada Ahad 25 Jun, jam 8:30 malam.

Tiket berharga Cat 1 – LANTAS – RM 145.00 (Free Standing), Cat 2 – MAWAR JINGGA – RM 245.00 (Premium Seat), Cat 3 – TANPA TERGESA – RM 195.00 (Normal Seat), VIP BOX – SAYANGNYA – RM 365.00 – *Per pax(*8Pax per box) Meet & Greet – RM 115.00 – Poster + Tag boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket konsert, boleh hubungi talian hotline 011-1329 7822 (WhatsApp sahaja).

By Cynthia

Leave a Reply