KUALA LUMPUR – Pelakon Aaron Aziz meminta pihak produksi bersuara atas tindakannya yang dikatakan menakutkan kucing dengan meletakkan seekor ular di atas sangkar sehingga mendapat kritikan segelintir netizen.
Aaron berkata, dia juga sudah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen berkenaan isu yang sedang tular itu.
“Saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak memberi sebarang komen, lagipun saya sudah membuat kenyataan video di laman sosial saya bagi mempertahankan diri.
“Saya berharap pihak produksi akan bersuara menjelaskan mengenai perkara ini, saya hanya ingin mempertahankan diri saya,” katanya.
Aaron berkata, tidak masuk akal untuknya dengan sengaja menakutkan kucing sedangkan dia seorang pencinta haiwan dan membela 9 ekor kucing dirumah.
Terdahulu, tular di media sosial Aaron membuat live video meletakkan seekor ular di atas sangkar kucing.
Video berkenaan mendapat respon negatif daripada segelintir pihak sehingga ditegur oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Dalam pada itu, Aaron turut memuat naik video membuat permohonan maaf atas tindakannya itu.
Aaron mengakui teruja kerana pertama kali berlakon dengan ular.