KUALA LUMPUR – Jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker membuka cawangan terkini mereka yang ke-13 di pusat beli belah Datum Jelatek, di sini.

Optimis dengan sambutan penduduk sekitar, pemilihan pusat itu dirasakan sesuai sebagai lokasi disamping suasana ekslusif dan sihat yang disediakan.

Selain menerapkan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ini juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.

Lokasinya juga lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.

Pengerusi Loud Speaker, Damien Soh berkata, objektif penubuhan cawangan baharu ini sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.

“Walaupun Loud Speaker sudah menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan golongan yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

“Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi semata-mata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker di cawangan ini.

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkenal.

Terdahulu, cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.

Dalam pada itu, Damien Soh berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka lagi 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.

Menurutnya, cawangan baharu di Datum Jelatek adalah salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke lain dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.

“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara,” katanya lagi.

Pada majlis pelancaran cawangan berkenaan baru-baru ini, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang turut dihadiri beberapa selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.

Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.

Kempen yang diadakan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 Mei lalu dan akan berakhir pada 31 Mei ini.

Bagi yang ingin mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv dan gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dengan mengikuti langkah seterusnya.

Sempena pembukaan cawangan bahar ini, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis.

Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, bakal menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.

Lebih menarik lagi, pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Semua ahli JOM K Kakee juga berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin.

Selain itu, mereka juga boleh menyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088.

Jenis-Jenis Bilik yang terdapat di Loud Speaker Datum Jelatek

47 jenis bilik dengan pelbagai size:

– A. Small (4-6 orang)

– B. Medium (7 – 9 orang)

– C. Large (10 – 12 orang)

– D. VIP (14 – 17 orang)

– E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang)

6 bilik Mini Studio (1-2 orang)

By Cynthia

One thought on “Buka cawangan ke-13, pusat karaoke Loud Speaker beri suasana ekslusif dan sihat”

Leave a Reply