Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengucapkan takziah di atas kematian pendaki Malaysia Everest yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub. Saya juga berdoa agar Pendaki Everest, Muhammad Hawari Hashim segera ditemui selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam.

Sesungguhnya pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati.

Ianya memerlukan latihan yang intensif, persediaan yang rapi dan pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung-gunung salji dan latihan teknikal.

Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest.

Saya terpaksa berlatih lebih 2 tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali sebelum mendaki Everest pada tahun 2004. Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama 2 bulan sebelum sampai ke puncak pada 16 Mei 2004 lalu. Ini bagi memastikan badan kita bersedia dan dapat bertahan dalam keadaan suhu sejuk yang ekstrim dan cuaca yang tidak menentu.

Menurut qobin, untuk mendaki ke puncak Everest bermula dari Camp 4 7900 meter (kem terakhir) pada 2004 lalu, beliau mengambil masa 10 jam untuk sampai puncak 8848,(900 meter keringgian) dan turun semula ke Camp 4, ambil masa 8 jam.

Memang kita akan mengalami kepenatan melampau atau keletihan yang teruk. Sekiranya, kita tidak cukup stamina, kita pasti akan menghadapi perkara ini dan akan boleh menyebabkan kita mengalami Penyakit Akut Gunung atau AMS.

Jadi, saya menyeru agar Kementerian Belia dan Sukan dan penganjur, wajar melakukan siasatan yang menyeluruh kerana semenjak pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023, ini adalah kejadian yang pertama berlaku menyebabkan pendaki Malaysia ke Everest.

Saya berharap agar arwah selamat di bawa pulang dengan sempurna dan mohon agar Kerajaan dan penganjur juga wajar membantu keluarga arwah dengan bantuan yang sewajarnya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beriman.

DATUK MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
Pendaki 7 Benua dan Penjelajah Grand Slam Negara

Leave a Reply