KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menggesa institusi latihan TVET Awam dan Swasta di Malaysia untuk segera merebut peluang Inisiatif Jalur & Laluan (Road & Belt Initiative – BRI) yang memberikan gambaran suatu sinar harapan hubungan Malaysia-China dalam konteks kerjasama pembangunan pendidikan latihan teknikal vokasional (TVET) dan penempatan pekerjaan berteknologi tinggi.
Menyedari bahawa kesedaran yang rendah terhadap sambutan peluang ini di kalangan pemain TVET di Malaysia, PKPB mengambil langkah segera menjalinkan kerjasama dengan TANG Chinese Education & Technology Ltd (TANG) sebuah badan perkhidmatan latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat yang akan membantu menghubungkan pemain TVET negara dengan dengan institusi TVET dan industri di China.
Lawatan PKPB ke China (pada 21-26 Mei 2023) dengan bantuan TANG telah menghubungkan PKPB dengan 4 buah institusi TVET di negara China iaitu Guangzhou City Polytechnic, Tangshan Polytechnic College, Hebei Vocational University of Industry and Technology dan Beijing Fengtai Vocational High School.
Dengan kerjasama ini akan membuka peluang kepada belia berkemahiran di Malaysia melanjutkan latihan kemahiran tinggi dengan pembiayaan percuma kepada belia berkemahiran Malaysia melalui Inisiatif Jalur & Laluan (Road & Belt Initiative – BRI).
Namun, menyedari pentingnya kesedaran peluang ini ada di kalangan para belia berkemahiran, program bersifat jangkamasa pendek dengan memberikan pengalaman kebudayaan, bahasa, latihan teknikal-vokasional dan lawatan industri boleh di gerakkan segera untuk manfaat para belia berkemahiran.
Untuk itu, menjelang akhir 2023 dan mengambil semangat ulangtahun ke-10 Inisiatif Jalur & Laluan (Belt & Road Initiative), PKPB mensasarkan seramai 2,000 orang belia berkemahiran dari pelbagai bidang di Malaysia akan di beri peluang menimba pengalaman di institusi TVET di China.
Untuk jangka masa panjang, PKPB juga menaruh harapan akan lebih ramai belia berkemahiran termasuk tenaga pengajar kita merebut peluang mendapatkan peningkatan latihan di China.
Dengan adanya usaha ini, PKPB yakin TVET Malaysia akan memasuki era pengiktirafan industri yang baru sejajar dengan hasrat kerajaan mahukan TVET di terajui industri sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur khususnya dari China mengenai penguasaan teknologi tenaga kerja tempatan.
PKPB juga percaya inisiatif ini akan mampu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan juga merancakkan “transfer of knowledge dan transfer of technology” demi manfata pembangunan latihan TVET di Malaysia.
I wanted to thank you for this very good read!! I absolutely enjoyed every little bit of it. Ive got you book marked to look at new things you postÖ