editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Profesor Dr Md Nasir Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar berhubung pemecatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), hari ini.

Sdang akhbar itu akan diadakan di sebuah hotel di Ampang, Selangor, jam 12 tengah hari ini.

“Untuk makluman, pada Rabu saya telah menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai CEO Finas dan ia berkuat kuasa mulai 1 Jun (esok).

“Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan. Sehubungan itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan oleh saya pada Khamis (hari ini),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Md Nasir dilantik sebagai CEO Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November hingga 30 Oktober 2023.

Pelantikan itu bagi menggantikan jawatan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir 15 Oktober 2021.