editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc atau ‘Walk The Doc International Documentary Festival’ akan berlangsung pada 1 hingga3 Ogos ini di Pulau Langkawi, Kedah.

Bertempat di Mercure Langkawi Pantai Cenang, Festival ini dianjurkan oleh Walkabout Asia dengan tujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada produk dokumentari dan tenaga produksi yang menghasilkannya sambill membina jaringan komuniti pengkarya dokumentari dan kandungan berfakta yang lain.

Untuk penganjuran kali ke-2 ini, seramai 200 peserta dari dalam dan luar Malaysia akan berkampung di Mercure Langkawi untuk menyertai festival kali ini.

Pengarah Festival, Nurashikin Zaharuddin berkata, pihaknya mensasarkan festival Walk The Doc ini mampu menjadi sebuah festival tahunan berskala antarabangsa yang turut

berfungsi sebagai platform untuk mereka yang berminat dan juga terbabit dalam penghasillan kandungan berfakta dan dokumentari berkumpul serta membina jaringan komuniti sesama mereka.

“Dengan menetapkan tema Perlancongan, Alam Sekitar dan Kelestarian sebagai syarat layak utama untuk penyertaan dokumentari, festival tahun ini menyaksikan penyertaan lebih 50 dokumentari dari 15 buah negara untuk dipertandingkan tahun ini.

“Dokumentari yang telah dihantar untuk menyertai pertandingan tahun ini akan di nilai dan diadili oleh panel juri berpengalaman luas dalam penerbitan dokumentari.

“Selama tiga hari, peserta akan mengikuti pelbagai acara menarik yang disusun khas untuk festival kali ini. Antaranya, sessi tayangan dokumentari yang bertanding, juga sesi bengkel

pitching dan masterclass bersama panel-panel yang dilihat sebagai pemain utama dalam industri penerbitan dokumentari,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga sesi pembentangan istimewa oleh wakil organisasi media yang telah lama menerbitkan pelbagai jenis dokumentari Wakil dari RT Russia dan TRT Turki akan berkongsi pengalaman mereka.

“Malaysia akan diwakili oleh Bahagian penerbitan Majalah TV3 yang akan berkongsi pengalaman dalam menerbitkan program kandungan berfakta secara berterusan selama lebih 20 tahun,” katanya.

Jadual lengkap boleh didapati di laman sesawang rasmi Walk The Doc.

Sementara itu, peserta antarabangsa juga akan berpeluang untuk melawat kawasan Pulau Dayang Bunting anjuran bersama Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA).

Tourism Malaysia turut terbabit sebagai rakan kerjasama strategik untuk festival ini dan membuka ruang lebih besar dalam menngukuhkan nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang perlu diberi perhatain.

“Mereka percaya dengan memperkasakan lebih ramai penerbit kandungan melalui festival sebegini akan terhasil lebih banyak kandungan-kandungan berkualiti yang menceritakan tentang Malaysia dan budayanya kepada dunia.

SMALL STORY, BIG IMPACT (SSBI)

Disamping itu juga untuk festival kali ini, satu projek siri jelajah yang dinamakan ‘Small Stories, Big Impact’ (SSBI) telah diadakan pada bulan Mei dan Jun yang lalu.

Sebanyak enam lokasi telah di pilih untuk diadakan sesi bengkel dan perkongsian berkaitan proses produksi dokumentari dimana panel yang dijemput akan berkongsi tips dan proses yang perlu diambil dalam menghasilkan dokumentari.

Peserta SSB di semua lokasi berpeluang untuk melalui proses pitching dengan membawa cadangan dokumentari yang ingin mereka hasilkan.

Sebanyak lapan idea menarik akan dipilih untuk mara ke peringkat produksi dimana mereka akan menerima wang produksi berjumlah RM5000 tajaan Think City dan seorang mentor yang akan memberi panduan serta tunjuk ajar untuk menghasilkan sebuah micro-dokumentari berdurasi antara 5 hingga 8 minit.

Kesemua micro documentary yang telah siap akan ditayangkan untuk tontonan umum di Channel YouTube Walkabout Asia dan di Bernama TV.

Untuk menyertai festival ini, tiada yuran penyertaan dikenakan, namun mereka yang mahu menyertai perlu mendaftarkan diri di www.walkthedoc.com untuk mendapatkan Pas Masuk rasmi.

By Cynthia

Leave a Reply