editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR – Kisah legenda Batu Belah mungkin tidak asing bagi mereka yang membesar dengan cerita itu.
Namun, untuk generasi sekarang tidak ramai yang tahu akan kisah yang memberikan banyak pengajaran dan teladan untuk diikuti itu.
Mahu mengimbau semula kisah berkenaan untuk disajikan kepada generasi muda, kisah itu diangkat ke sebuah teater yang diberi nama Teater Purbawara Batu Belah dan bakal dipentaskan pada 11 hingga 13 Ogos ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic, Jalan Ampang.
Diarahkan oleh Yusry Kamaruzaman, pemilihan kisah itu dilihat bersesuaian dan lebih dekat dengan kehidupan masyarakat.
“Walaupun ia adalah kisah klasik yang diketengahkan sebagai latar utama, saya hanya mengambil Batu Belah sebagai tajuk kerana yakin ia sentiasa menjadi tajuk terbuka yang sering dibincangkan.
“Kisah ini tidak tertutup atau tertangkup kerana jika tidak ia seolah-olah ada penutup.
“Saya mahu penonton berfikir hubungkait antara teater ini dengan kehidupan. Malah setiap lontaran dialong mempunyai maknanya tersendiri.
“Saya harap mereka yang menontonnya dapat memahami maksud tersirat yang disampaikan,” kata Yusry ketika ditemui pada sidang media teater berkenaan baru-baru ini.
Persembahan teater ini akan dipenuhi dengan tradisi Melayu yang menampilkan nyayian gurindam, seni silat, tarian tradisional dan terdapat unsur kekaguman dan aksi semuanya di bawah satu pentas.
Batu Belah mengisahkan sebuah keluarga yang tidak punya apa-apa, ayah mereka meninggal dan ibu merajuk lari hingga ditelan batu, semuanya kerana keperluan keluarga dalam serba kekurangan.
Pelbagai rintangan dihadapi hingga dua beradik ini terpisah dan akhirnya bertemu semula.
Teater ini turut mnampilkan pelakon popular seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Kool, Lan Zailan dan pempegaruh terkenal Pangiran Aduka serta ramai lagi.
Tiket dijual pada harga RM25 dan sebarang maklumat atau pertayaan boleh terus ke media sosial rasmi, Instagram teater_hidayah dan facebook Teater Hidayah atau hubungi Ika Angah di talian 012-5550170.