KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana didakwa gagal menguruskan tahap kebersihan pengunjung ke Semporna, Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, ketidakupayaan Shafie menyebabkan pemain industri bakal dikenakan tindakan notis merah oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

“Isu sampah ini bukan isu baru. Isu ini sudah berlanjutan lebih 15 tahun lalu.

“Salah satu punca sampah ini berlaku adalah kegagalan Shafie mengurus Semporna dengan baik,” katanya pada sidang medianya.

Pada 17 Ogos lalu, MOTAC mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di Semporna yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata teguran telah dibuat agar tindakan menangani isu berkenaan dilakukan segera, namun keadaan tersebut masih berulang sehingga kini.

Beliau berkata antara isu yang menjadi kegusaran pelancong ke Semporna ialah dakwaan mengenai persekitaran yang sangat kotor dengan terdapat sampah sarap mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Tiong berkata pihaknya menerima aduan berkaitan keracunan makanan baru-baru ini sehingga pesakit mengalami cirit-birit serta terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan terapi intravena (IV) dan perkara ini boleh mengancam kesihatan orang awam termasuk pelancong.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata kerajaan tidak boleh menunding jari kepada Majlis Daerah Semporna atas kegagalan menguruskan sampah itu.

Katanya, Shafie yang sudah menjadi wakil rakyat hampir 5 penggal di Semporna sepatutnya memainkan peranan dalam mengurus masalah di daerah itu.

“Apabila notis merah dikeluarkan ini secara langsung akan jejaskan pendapatan orang di Semporna.

“Pelancong tempatan juga dikhabarkan mula tak nak datang ke Semporna,” katanya.

2 thought on “Shafie digesa letak jawatan selepas didakwa gagal urus kebersihan di Semporna”
  1. Hey, there! My name is Wil and I have a MASSIVE list of leads that are interested in buying from you. Is this a good place to to send you more information about the leads? Let me know.

  2. Hi, I have an overflow of customers that I’d like to send to you but I want to make sure you can handle more leads, let me know if you’d like me to send you more info.

Leave a Reply