PETALING JAYA – Satu kumpulan anak muda yang digelar sebagai Ceoxganz telah pergi menjelajah tiga pulau di Terengganu dalam masa 10 hari.
Kumpulan Ceoxganz iaitu Ceobatu, Ceobieziy dan Ceoburn melakukan jelajah itu bagi tujuan untuk mempromosikan sektor pelancongan di dalam negara.
Aktiviti jelajah pulau di Terengganu itu telah diadakan pada 2 jun hingga 11 Jun yang lalu.
Tiga pulau terbabit adalah Pulau Bidong, Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Menurut Ceoxganz antara aktiviti yang dilakukan seperti snorkeling, pembersihan pantai seperti kutip sampah di sekitar pantai, kutip sampah dalam laut dan meneroka pulau untuk pengunjung lawati.
Tambah kumpulan itu, selain mempromosi sektor pelancongan, jelajah pulau itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang ekosistem hidupan laut.
“Tiga pulau ini adalah tempat penyu bertelur dan di pulau ini ada lagi kawasan yang menarik serta ramai masih tidak mengetahui tentang kewujudannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ceoxganz berkata idea untuk jelajah ini adalah kerana masa ini sektor pelancongan dalam negara semakin merosot.
Beliau berkata ramai rakyat Malaysia pergi ke luar negara untuk bercuti.
“Walhal dalam negara sendiri banyak lagi tempat yang menarik belum dilawati lagi,” katanya.
Ceoxganz berkata selepas ini akan ke pulau-pulau dan tempat-tempat menarik lagi di Malaysia seperti Mersing Johor, Yan Kedah, Pangkor Perak dan lain-lain tempat yang menarik di Malaysia.
Ceoxganz juga berkata setakat ini mendapat respon yang amat baik daripada pengikut di laman sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
Beliau berkata malahan pengikutnya juga ada mencadangkan untuk pergi lawati ke tempat lain.
Ceoxganz juga menceritakan Ceobatu, Ceobieziy dan Ceoburn merupakan satu kumpulan dan pencetus untuk membuat vlog lawatan ke pulau-pulau di Malaysia.
Katanya, penemuan baru adalah ‘campstay’ di Pulau Redang.
“Campstay ini juga terbuka untuk sukarelawan tinggal, makan dan tempat tinggal disediakan secara percuma.
“Pulau Bidong pula ada tempat sejarah pelarian Vietnam yang ada disitu. Pada zaman dahulu seramai 250,000 orang Vietnam tinggal di pulau tersebut,” katanya.