SEMPORNA – Dalam usaha menerapkan kesedaran mengenai alam sekitar dan kesan pemanasan global, Seramai 70 orang kakitangan dan sukarelawan Co-opbank Pertama (CBP) bersama komuniti setempat telah menyertai International Coastal Clean-Up 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, semalam.
ICCMY2023 adalah program yang dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dengan kerjasama Badan NGO Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar berkata, melalui program seperti ini diharap dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar.
“Saya berharap program ini memupuk lebih kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ekosistem dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat dengan menjalinkan kerjasama strategik diantara agensi kerajaan, sektor koprat, badan NGO dan komuniti,” katanya.
Selain aktiviti pembersihan pantai, CBP juga telah mencipta Eco – Bricks Wall Art yang dirasmikan oleh Khairil sendiri bersama Ketua Pegawai Perniagaan Rafis Makhtar.
Aktiviti menggunakan botol plastik yang hanyut dari laut itu sebagai contoh dimana sampah dari laut seperti plastik botol sampah dapat dimanafaatkan secara kreatif untuk pelbagai kegunaan.
Hampir 2000 botol plastik berjaya dikutip pada program ini, dimana setiap botol plastik bersaiz 1.5liter menghasilkan impak pencemaran alam sekitar 160 gram jejak karbon yang dilepaskan dan menjejaskan alam sekitar.