PUCHONG – Dipuji sebagai perempuan cantik oleh usahawan selebriti jelita, Wawa Zainal cukup menggambarkan bahawa pempengaruh Gen Z, Dahlia Rizal adalah pesona tepat bagi keluaran terbaharu Wawa Cosmetics iaitu ‘Face of Wawa Tinted Sunscreen’.
Wawa yang juga pengasas Wawa Cosmetics, menyifatkan pemilihan Dahlia mewarnai wajah kempen produk Broad Spectrum SPF35+ Hydra Perfect Tinted Sunscreen – Glow in Tint kerana menepati ciri-ciri wanita muda masa kini, bekerjaya, cantik, berkulit bersih dan lebih menyerlah jika sedikit calitan mekap.
“Pilih Dahlia sebab dia perempuan cantik, muka yang senang kalau kita tengok. Lagi pun, Dahlia memang pengguna produk Wawa (Perfect Brightening) Sunscreen jadi, ada cadangan untuk berkolaborasi produk ini dengan Dahlia.
“Pemilihan wajah produk baharu ini juga khusus kepada orang muda, ‘fresh look’ macam Dahlia lagi-lagi she is ‘darling of Malaysia’,” katanya menjawab persoalan hadirin pada majlis menandatangani kontrak produk Wawa Tinted Sunscreen oleh Wawa dan Dahlia di Klassy Space, di sini, pada Ahad.
Pada program sama, Wawa Cosmetics merasmikan produk baharu berkenaan, selain dikejutkan dengan kemunculan barisan model memperagakan koleksi baharu Wawa Scarves edisi Astana iaitu Selesa by Wawa hasil inspirasi rekaan daripada negara Timur Tengah.
Wawa turut ditemani suaminya yang juga pelakon terkenal, Aeril Zafril, manakala Dahlia hadir bersama Imran Aqil, seorang penyampai radio dan pelakon yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 9 September lalu.
Kehadiran pengacara dan hos TV, Nadia Annuar; penyanyi tanah air, Ernie Zakri; MUA (jurumekap artis) Khai Baha dan pakar dermatologist, Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad menyerikan lagi acara berkenaan.
Bagi Dahlia, dia sudah jatuh hati dengan Wawa Sunscreen sejak pertama kali menggunakannya dan pasti akan mendapatkan produk berkenaan daripada ejen dipercayai.
“I am instantly fell in love dengan Wawa Sunscreen lagi-lagi Tinted Sunscreen, glow dok oh!,” seloroh wanita kacukan Cina dan Arab dalam dialek Pantai Timur itu.
Lanjut mengenai produk, Wawa berkata, Wawa Tinted Sunscreen mempunyai kandungan faktor perlindungan matahari (SPF) 35 plus (+), dengan PA +++(perlindungan kulit dari sinar ultraviolet A dan B, UVA/UVB), dan pada masa yang sama pelembap yang menutup cela wajah.
Didatangkan dalam dua varian warna iaitu ‘light’ dan ‘natural’, tekstur lebih ringan, ‘medium to full coverage’, ‘dewy’ dan tampak ‘glow’ di wajah, tidak terlalu berminyak, Wawa berkata ianya selamat dan sesuai untuk dipakai dalam aktiviti seharian
“Kita ambil masa buat R&D (penyelidikan dan pembangunan) selama setahun, kandungan formulasi juga bagus, bantu melembapkan kulit wajah dan mengelak liang pori tersumbat.
“Disebabkan ramai yang bertanya untuk kulit lebih gelap, saya rasa saya kena keluarkan banyak shade, untuk permulaan kita buat dua dahulu.
“Ada juga yang tanya mengapa tidak jadikan SPF 50, kerana jika diletak tinggi, teksturnya akan jadi lebih berminyak. Kita menitikberatkan soal keselesaan pengguna untuk pakai setiap hari,” katanya.