PETALING JAYA – Sebuah syarikat tempatan, Golden Millefleur Trading Sdn Bhd berhasrat menembusi pasaran menerusi produk penjagaan wajah sulung eksklusif iaitu Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum yang berasaskan tumbuhan lidah buaya atau nama saintifiknya, Aloe Vera linn dengan sasaran 1 rumah, 1 Millefleur.
Millefleur bermaksud kecantikan alam semula jadi seribu bunga dalam bahasa Perancis, dan dengan kandungan lidah buaya, Alpha Arbutin serta Sodium Hyaluronate dalam produk serum itu bertepatan dengan ‘forte’ syarikat yang mengutamakan bahan alami.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata produk serum itu diformulasikan oleh salah seorang ahli keluarga yang mengalami masalah kulit muka, selepas melakukan kajian terhadap lidah buaya selama setahun.
“Dia menggunakan Aloe Vera yang dipotong, disimpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk menggosok muka setiap hari sehingga masalah jerawat berjaya diatasi membuatkan kulit wajah menjadi bersih dan licin.
“Di situ timbul idea untuk menjadikan Aloe Vera sebagai asas utama dalam penghasilan produk serum kecantikan ini. Ditambah dua bahan utama lain, membantu meningkatkan kemulusan kulit dan menjadikannya cerah dan bersih dari dalam,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Eksklusif Millefleur x Wanna Ali: A Fresh Beauty Affair, dengan pelancaran Millefleur All in One Intensive Hydrating Serum, di Suria On Twelve, Royal Chulan Damansara, di sini pada Selasa.
Turut hadir, pelakon dan penyanyi, Wanna Ali dilantik sebagai duta Millefleur, dalam program dikendalikan oleh hos terkenal, Fiza Frizzy, dan dihiburkan oleh pemain saksofon hebat, Wan Andre.
Mengulas mengenai kandungan dan harga produk serum berkenaan yang disifatkan kahyangan, Wan Mohamad Azrihaikal berkata 30 ml produk serum bernilai RM118 dikilangkan di Puchong itu bersesuaian dengan kandungan bahan semula jadi dan pembungkusannya yang eksklusif.
“Ia mahal kerana kandungan serum adalah organik, boleh diguna pakai oleh semua jenis kulit termasuk bayi. Ada juga yang memberi maklum balas produk ini boleh pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa,” katanya yang menyasarkan pengguna di bawah liputan Khatulistiwa, berusia 28 tahun ke atas, berkemampuan, mengutamakan kulit wajah dan produk ‘plant base’.
Katanya, kandungan Aloe Vera membantu meningkatkan tahap penghidratan, merawat jerawat, mengekalkan kulit berseri dan segar, Alpha Arbutin pula adalah ekstrak pokok Gingko Biloba merawat pigmentasi, memudarkan parut jerawat manakala Sodium Hyaluronate membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengatasi kulit kekeringan.
Bagi Pengarah Eksekutif Millefleur, Syairah Mat Rani, gaya hidup sihat diamalkan Wanna Ali menjadi kriteria pemilihan penyanyi itu dilantik sebagai duta Millefleur selain mempercayai produk berkenaan selepas tempoh percubaan selama sebulan.
“Kami kagum dengan sikap disiplin Wanna Ali yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dipilih menjadi duta. ‘Positive vibes’ yang beliau bawa, utamakan kecantikan, dan gaya hidup selari dengan Millefleur, kami yakin Wanna adalah pilihan tepat,” katanya.
Sementara itu, Wanna Ali, 26, berkata beliau yang selama ini skeptikal terhadap produk tempatan akhirnya berubah fikiran selepas menggunakan serum Millefleur.
“Saya ada stigma terhadap produk tempatan, tetapi hampir tidak percaya dengan pembungkusan dan kandungan Millefleur, boleh membantu kulit saya dan saya percaya produk ini boleh pergi jauh.
“Sebenarnya Millefleur tak perlukan saya sebab mereka dh ada testimoni yang memberikan maklum positif. Gaya hidup saya yang mementingkan penjagaan kulit, tidur cukup, jaga makan, pergi sauna, ‘gym’, ia membantu kulit ‘glow’, membuatkan Millefleur perlukan saya untuk ‘establish’ produk,” katanya.
Justeru, untuk mendapatkan produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini boleh ke laman rasmi www.millefleurskin.com atau www.millefleurempire.com atau berminat menjana keuntungan dengan Millefleur juga boleh hubungi talian +01121277002.
Millefleur tidak lupa mengajak pengguna menyertai peraduan dengan memuatnaik video kreatif bersama produk Millefleur dengan tanda pagar #WakingUpToHealthySkin #Millefelur, mengikuti media sosial @millefleurhq.
Mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 hingga RM2,000.