KUALA LUMPUR: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) semalam telah memberi bantuan khas kepada tiga orang warganya yang kurang bernasib baik.

Bantuan yang diberikan merupakan keprihatinan YWP dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan.

Ini selari dengan usaha dan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menoktahkan kemiskinan.

Semalam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, turun padang bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Taman Beringin, Jinjang Utara) , Perumahan Awam Sri Kelantan dan Hospital Kuala Lumpur.

Tiga orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah Abd Kadir So’al yang menetap, Taman Beringin Jinjang Utara.

Bantuan ini disalurkan memandangkan beliau dan isteri merupakan warga emas yang tinggal sendirian. Beliau juga mengidap penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kini sakit terlantar kerana patah tulang peha.

Penerima kedua, Nor Seri Wanny Mohd Kassim. Beliau kini berhenti kerja atas sebab menjaga sepenuh masa ibunya yang sakit kencing manis dan kini menjalani dialisis tiga kali seminggu.

Ibunya menggunakan oksigen pernafasan setiap masa kerana kesukaran bernafas. sebuah kerusi roda untuk kemudahan pergerakan beliau.

Penerima ketiga pula, Rozita Muda. Beliau kini mengidap penyakit kencing manis dan kaki kirinya telah dipotong hingga paras lutut manakala kaki kanannya tinggal dua jari sahaja.

Beliau tidak pernah berkahwin dan kini tinggal bersama kakaknya yang merupakan ibu tunggal.

“Semoga bantuan yang disalurkan oleh YWP akan menjadi contoh dan diharapkan bantuan yang diberikan mampu mengurangkan beban kedua-dua penerima bantuan ini.

“YWP mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat untuk bersama-sama YWP dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga Wilayah serta menoktahkan kemiskinan bandar.

“(Ini) dengan menyalurkan sumbangan anda ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank, No akaun: 8001103675 atas nama “YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN” serta catatkan kod “SUMBANGAN TABUNG YWP”. Setiap sumbangan yang diberikan akan mendapat resit potongan cukai ,” kata Gulam.

Leave a Reply