SHAH ALAM – Pengurusan Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung Malaysia (PULSE) sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi kenderaan enjin hijau yang baharu.

Presiden PULSE, Dr Puvaneish Subramaniam berkata pengecualian SST akan membolehkan pemain kecil dan sederhana ‘go-green’ mengangkat elemen sosial dan tadbir urus (ESG) serta menyumbang kepada pelepasan karbon yang dikurangkan.

“Kos pengendalian kenderaan logistik juga akan lebih rendah berbanding yang digunakan sekarang di mana kekerapan kerosakan dan kecekapan bahan api mungkin lebih tinggi,” katanya pada sidang medianya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pulse Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Puvaneish berkata PULSE juga ingin membawa kepada perhatian pihak berkuasa mengenai isu kekurangan ruang parkir yang dihadapi oleh pemandu trak di kawasan Hentian Rehat & Rawat (R&R).

Katanya, isu itu boleh menyebabkan pelbagai masalah keselamatan jalan.

Dr Puvaneish berkata, transformasi digital industri logistik bakal memberikan peluang besar kepada PKS di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, disebabkan kurangnya kesedaran, pemain logistik perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) menghadapi cabaran dalam mendapatkan aliran, alat khusus digital dan aplikasi yang berkaitan.

“Terdapat banyak faktor penambahbaikan perniagaan baru yang perlu dipertimbangkan, seperti platform digital, sistem berasaskan cloud, integrasi e-dagang,” katanya.

Beliau berkata di mana PKS dapat meningkatkan kecekapan operasi mereka, proses yang tersusun, mengurangkan keperluan tenaga kerja, dan meningkatkan kelebihan persaingan.

Tanbahnya, peralatan digital ini dapat membolehkan PKS meningkatkan operasi mereka, meluaskan jangkauan, dan menembusi pasaran baru, sama ada di dalam atau di luar negara.

Dr Puvaneish juga menyeru kepada pihak kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyesuaikan keperluan logistik dan pengangkutan PKS dalam industri logistik agar ia berorientasikan geran, subsidi, latihan, dan sokongan perundingan.

Sebelum ini dalam sidang akhbar, Dr Puvaneish membawa isu kekurangan kemahiran yang bersesuaian dan terlatih dalam kalangan pekerja Malaysia dalam pelbagai sektor, sehingga membawa kepada kemasukan pekerja asing sehingga pihak tempatan terpaksa berkompromi dengan etika kerja secara umum.

PULSE berkata organisasi itu bercadang untuk membuka pusat latihan sehenti yang bukan hanya membolehkan program latihan yang kerap dan bermanfaat, tetapi juga menampung mesyuarat masa depan dengan pegawai yang berkaitan dari badan pengawalselia.

Mesyuarat Agung Tahunan PULSE yang ke-7 dan majlis tahunan dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Bukit Kemuning, turut dihadiri oleh wakil daripada pertubuhan tempatan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning, S. Preakas, dan wakil daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami berkata kementeriannya mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan PKS dan akan berusaha membawa perubahan positif.

Beliau berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan sumbangan PKS ke dalam keluaran domestik kasar sebanyak 41 peratus pada tahun 2025, berbanding 38.4 peratus ketika ini.

“Industri logistik di Malaysia mempunyai potensi besar untuk PKS.

“Industri yang anda pilih sebagai bidang pekerjaan sememangnya terbaik, dengan daya usaha, adaptabiliti, dan kecekalan, PKS dapat memainkan peranan penting dalam memacu industri ini ke hadapan,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Saraswathy turut mengambil perhatian terhadap cabaran dalam perniagaan pengangkutan dan logistik yang semakin parah tatkala pandemik Covid-19.

Leave a Reply