PETALING JAYA – Badan Bertindak Thaipusam (TTF) ditubuhkan bagi melancarkan sambutan perayaan Thaipusam, kata penasihatnya Dr Gunaraj George.

TFF merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan Hindu dan kuil-kuil yang membuat kerja-kerja amal semasa perayaan Thaipusam di seluruh negara. TFF telah ditubuhkan selama 10 tahun.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa berkata pihaknya sedang melakukan persiapan agar sambutan tahun ini berjalan dengan teratur.

Tambahnya objektif utama TTF supaya perayaan Thaipusam dapat diadakan dalam suasana aman dan dedikasi.

“Keselamatan pengunjung termasuk kebersihan sekitar kuil perlu dijaga.

“Kita kena memastikan kebersihan rumah ibadah kita sentiasa bersih. Kita selalu dapat aduan banyak sampah selepas perayaan Thaipusam,” katanya pada sidang medianya di Wisma Malaysia Hindu Sangam.

Dalam pada itu, Gunaraj berkata sukarelawaan TTF akan menyediakan tong sampah di semua kawasan panas.

“Penganut yang hadir perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

“Ia membantu mengurangkan beban tenaga pembersih serta kawasan sekitar akan kelihatan bersih,” katanya.

Gunaraj turut menasihatkan penganut-penganut perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply