KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, menyokong Rang Undang-Undang (RUU) kekalkan kerajaan yang dicadang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menolak pandangan hujah yang mengatakan RUU kekalkan kerajaan akan menyebakan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan dipertikaikan.

“Izinkan saya membalas hujah mereka. Mari kita semak dibawah Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan-Kuasa YDPA dimana YDPA sendiri boleh memprorog atau membubarkan Parlimen dengan kuasanya sekiranya berlaku konflik di dalam Parlimen.

“Apa yang kecoh sangat kata kuasa atau fungsi YDPA dinafikan. Maaf, hujah mereka tiada merit dan cuba mengheret Istana dalam isu ini untuk dijadikan “bahan jualan” kepada rakyat terutamanya bagi orang-orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Gulam berkata kenyataan seperti itu hanya ingin menimbulkan kebenciaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepada Zahid yang kononnya ingin menyelamatkan segelintir Ahli-Ahli Parlimen.

Beliau berkata kenyataan itu lebih bersifat peribadi yang masih ada dendam dan sifat amarah kepada Zahid sebagai presiden UMNO.

“RUU Kekalkan Kerajaan bukan bermaksud menafikan hak dan fungsi YDPA. Ia hanya RUU tambahan untuk memastikan kerajaan yang telah terbentuk berjalan dengan baik tanpa ganggu kacau dalam perebutan kuasa politik yang berpanjangan dan tidak sihat buat negara.

“Siapa ingat penggal lepas bila kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hampir hilang majoriti. Ordinan Darurat Parlimen dikuatkuasa yang terang-terang telah menafikan amalan demokrasi negara kita.

“Kini puak-puak ini berbicara seperti malaikat tentang demokrasi,” katanya.

Kata Gulam lagi, matematik mudah sahaja dalam kamus “haters” Zahid, apa yang keluar dari mulut beliau semuanya dianggap buruk, jahat dan tiada nilai.

“Apa yg kita nak ambil peduli, anggaplah mereka seperti “tong kosong berbunyi nyaring”.

“Kita terus fokus dan jalan terus demi kestabilan politik utk kemakmuran dan kesejahteraan negara,” katanya.

Leave a Reply