editor@aatvnews.com
Kawan baik Zuki di SPRM, Azam Baki baru saja menafikan siasatan ke atas Zuki. Ini bermaksud, Azam tidak reform pemikiran dan tindakan, masih berfikiran kuno, masih berfikir cara UMNO1MDB , hanya bertindak bila ada laporan.
Bahasa mudahnya, tunggu negara hancur baru siasat. Inilah pemikiran kuno Azam yang turut bergelumang dengan pelbagai cerita rasuah yang dia tutup rapat.
Anwar sebagai Perdana Menteri menjanjikan tadbir urus terbaik untuk Malaysia. Anwar naik dengan janji reformasi institusi merangkumi semua aspek termasuk cara berfikir di SPRM.
Anwar tidak gopoh. Beliau bertindak sangat teliti. Anwar kini hanya mempercayai dirinya sendiri setelah dinodai oleh mantan KPPA, kini KSN dan juga KP SPRM.
Samada SPRM telah menyiasat Zuki atau SPRM menafi itu strategi Azam supaya kawan baiknya Zuki tidak dimalukan. “Dosa-Dosa” KSN telah mula diketahui kepada umum.
Kaitan antara Zuki Ali, Tun.M, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri, Nazimah, Ruhaidini dan lain-lain mula terselak satu persatu. Ruhadini sejak beberapa hari telah memadam FB nya, kalau tidak bersalah kenapa takut ?.
Anwar telah melalui siri pengkhianatan panjang, tindakan Zuki terlibat dalam usaha menumbangkan kerajaan Perpaduan telah membuat Anwar bertindak aggresif. Anwar tidak akan membiarkan dirinya dikhianati lagi.
Khabarnya kontrak Zuki sebagai KSN akan ditamatkan awal menjelang beberapa hari. Penamatan kontrak Zuki bukan bermakna Zuki akan terlepas begitu sahaja. Zuki akan menjadi kluster naik turun makhamah selepas ini.
Info sulit telah berada di tangan Anwar tidak perlu tunggu Azam bagi laporan yang telah dimakeup.
Anwar telah menjejaki “money trail” Zuki termasuklah banglo mewah di Putrajaya tajaan seorang kontraktor bernama Datuk Tim. Adakah Azam cuba menafikan? Azam sudah panggil Datuk Tim?
Tindakan Anwar ini akan menjadikan institusi perkhidmatan awam berada pada era Reformasi. Azam masih ditakuk basi.
Kepada KSN yang akan dilantik, jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Jangan jadi spt Dr Zulkapli dan Zuki.
Dari pejabat parcel A,
Putrajaya.