editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah merasmikan Pusat Community Feeding Bandar,
program perumahan rakyat (PPR) Desa Tun Razak.

Beliau berkata Program Community Feeding itu telah bermula pada Disember 2022 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini dengan penyertaan seramai 56 orang kanak-kanak.

“PPR Desa Tun Razak telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan program ini kerana ia merupakan salah satu pusat kajian oleh pihak UNICEF pada tahun 2018,” katanya ketika berucap dala Majlis Perasmian Pusat Community Feeding Bandar PPR Desa Tun Razak.

Kata Wan Azizah, program intervensi itu merupakan satu program pemakanan yang mensasarkan kanak-kanak satu tahun hingga enam tahun daripada keluarga miskin Bandar dengan menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu sebagai jaminan kebolehdapatan makanan berkhasiat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemputnya sebagai perasmi bagi majlis itu.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak yang telah berjaya untuk menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Community Feeding, PPR Desa Tun Razak,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana telah mengambil serius saranannya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Sebelum ini, beliau pernah mengatakan di Malaysia tidak sepatutnya ada kanak-kanak yang terbantut dan saya memohon agar penekanan diberi terhadap tabiat pemakanan dan kesihatan anak-anak.

Turut hadir, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

“Melihat kepada pelaksanaan program ini, saya merasakan amat perlu untuk program ini diperluaskan di kawasan-kawasan komuniti yang lain.

“Dengan pelaksanaan program ini, dapatlah membantu kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat,” katanya.

Leave a Reply