https://vt.tiktok.com/ZSF1MmTAm/
KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan, Pembangunan Usahawan dan Pengguna Islam Melayu Malaysia (DPPIM) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahamam (MoU) dengan Kuala Lumpur Business & TVET Certified Institute (KLTVET).
Ahli Lembaga Pengarah DPPIM, M Zhafirin M Yusof berkata tujuan MoU dibuat berikutan mahu memperkasakan 1,300 usahawannya yang berdaftar.
“DPPIM nak pastikan ahli-ahli perniagaan tidak ketinggalan dan seiring dengan pendidikan.
“Selaras dengan usaha kerajaan masa ini untuk naik taraf TVET,” katanya pada sidang medianya di bangunan Umno Lama.
Zhafirin berkata hasil kolaborasi dengan KLTVET selama dua tahun, DPPIM mensasarkan 3,600 graduan akan dihasilkan dalam pelbagai bidang.
Sementara itu, Presiden KLTVET Dr Zam@Ab Razak Zamri berkata ini adalah kerjasama pertama kali dijalinkan dengan DPPIM.
“Saya percaya dengan kolaborasi ini akan melahirkan lebih ramai pelajar pelbagai bidang.
“Tahun ini KLTVET sasarkan 1,000 pelajar. Kita rancang satu lagi program,” katanya.