UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri KPKT, Nga Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Menurut Setiausaha Agung UMNO Dato’ Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun ianya ver tujuannya untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.
“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.
Kata Dr Asyraf, perkara ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal disertai hak keistimewaan tertentu.
“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
“Nga Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu, kata Dr Asyraf menerusi hantaran di laman Facebook milik beliau.
Dalam pada itu, Dr Asyraf Wajdi turut beranggapan bahawa cadangan seumpama ini hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan dan mencetuskan polemik yang tidak perlu di kalangan rakyat dan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani diperkenalkan YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim.
“Cadangan seumpama ini hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dikalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri.
“UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan. Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang menggangu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam perlembagaan.
Terdahulu, beberapa portal media yang melaporkan Kor Ming berkata KPKT sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.