PETALING JAYA, 9 Februari 2024 – Adrenalin penonton bakal memuncak dengan program pertandingan realiti dari Jepun, ‘Run For Money’ yang akan disiarkan di saluran GEM menerusi platform Tonton bermula 10 Februari 2024!

‘Run For Money’ bukan setakat program TV, malahan merupakan program yang meningkatkan adrenalin tinggi para selebriti untuk melarikan diri daripada pemburu berpakaian hitam demi mengejar hadiah wang tunai yang lumayan. Peserta perlu mengelak daripada diburu Hunters atau Pembayang dan lebih lama mengelak, lebih besar peluang untuk menang dan sekaligus jumlah yang dimenangi ini dapat mengubah kehidupan mereka!

Sejak mula ditayangkan di Fuji TV pada tahun 2004, program permainan tag ini mendapat inspirasi daripada permainan tradisional Jepun ‘onigokko’. Program yang telah popular sejak 18 tahun ini pernah memenangi ‘Best Game or Quiz Programme’ di Asian Television Awards 2009 dan menerima nominasi ‘International Emmy Awards’ pada tahun 2010. Siri yang penuh dengan debaran ini menjadi sensasi di serantau Asia selepas tayangan perdananya di negara Jepun.

‘Run For Money’ akan mula bersiaran pada 10 Februari 2024 di saluran GEM menerusi Tonton bagi penonton yang inginkan keseronokan adrenalin yang menjadi sebuah fenomena antarabangsa.

Untuk merasai keseronokan fenomena ‘Run For Money’ yang mendebarkan ini, layari platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store, dan langgan Tonton dengan harga serendah RM 9.90.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #RunForMoney. Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Leave a Reply