KUALA LUMPUR – Farenheit Business Travel dan Tours semalam telah melancarkan Rumah Ilmu By Farenheit untuk pencari ilmu agama Islam yang relevan dan komprehensif.
Rumah Ilmu tercipta dengan tujuan murni untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, eksklusif dan mendalam bagi golongan dewasa dari pelbagai peringkat umur.
Inisiatif penubuhan itu bermula dari Farenheit Business Travel dan Tours Sdn Bhd yang sebuah agensi pelancongan yang berdaftar di bawah payung Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) Malaysia.
Perasmian Rumah Ilmu itu dibuat Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani.
Penubuhannya itu juga telah mendapat dukungan daripada empat negara iaitu Yaman, Arab Saudi, Jordan, dan Mesir.
Rumah Ilmu terbit dari buah fikiran para ilmuwan yang ingin merentasi batasan budaya, menguraikan kisah sejarah, dan memahami dinamika geo-politik Islam yang penuh dengan keunikan dan inspirasi.
“Misi kami sederhana, iaitu menyampaikan ilmu melalui pengalaman langsung yang mendalam,” menurut Farenheit.
Dalam tawaran di Rumah Ilmu, terdapat 10 subjek yang komprehensif dan relevan dalam kehidupan sehari-hari umat Islam yang bersesuaian dengan konsep ‘Tsiqah lagi Eksklusif’ yang dijunjung.
“Tiap subjek disampaikan dengan cemerlang melalui penggunaan teknologi terkini, kolaborasi dengan ulama yang pakar, serta pengajar yang bertauliah dan berdedikasi.
“Subjek eksklusif yang ditawarkan termasuklah Taddabur Al-Quran,Tajwid, Sirah, Kitab Fiqh Mazhab Shafie, Aqidah, Hadis, Geopolitik,Mengaji Al-Quran, Rekreasi Sunnah Memanah, dan Bahasa Arab(Pertuturan),” tambahnya.
Menurut Farenheit lagi, lebih daripada sekadar tempat pembelajaran, Rumah Ilmu juga menjadi pusat latihan terbaik bagi mereka yang bercita-cita untuk menunaikani badah Haji dan Umrah.
Katanya, dengan penawaran subjek yang terperinci termasuk kelas Bahasa Arab khas untuk memudahkan pertuturan di Mekah dan Madinah.
“Kami yakin bahawa pengalaman para jemaah akan menjadi lebih lancar dan bermakna,” jelasnya.
Matlamat Rumah Ilmu adalah untuk memfasilitasi pertumbuhan intelektual, sosial, dan emosi setiap individu, serta menanamkan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Biarpun kebanyakannya masih muda, para pengajar pilihan kami adalah.guru-guru yang terlatih, bersemangat, dan tidak jemu memberikan yangterbaik buat semua pelajar.
Selain itu, fasiliti yang tawarkan juga tidak kurang daripada keselesaan sebuah istana buat para pencari ilmu,termasuklah ruang komuniti yang dihiasi dengan tema Timur Tengah yang moden, berbudaya dan menyejukkan pandangan.
Rumah Ilmu by Farenheit menawarkan tiga pakej pengajian, iaitu Pakej Platinum, Gold dan Silver dengan harga serendah RM80 sebulan.
Menerusi pakej yang pelbagai ini, setiap pelajar berpeluang untuk menyelami pelbagai subjek yang mendalam dan relevan dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, biarpun mempunyai waktu senggang yang terhad atau kekangan masa.Kelas di Rumah Ilmu dijadualkan bermula pada Jun ini.
“Sempena majlis pelancaran yang cukup bermakna ini, kami turut menawarkan cubaan percuma (free trial) selama 14 hari untuk mereka yang terdetik di hati untuk menyertai pendidikan Rumah Ilmu.
“Mereka yang berminat boleh memilih tiga daripada 10 subjek yang ditawarkan dan menghadirkan diri secara fizikal ke kelas Rumah Ilmu.
“Kelas percuma ini akan bermula pada pertengahan bulan Mei nanti,” katanya.
Menurut Farenheit selain pembelajaran yang berkualiti, Rumah Ilmu juga menawarkan kemudahan tambahan yang menarik seperti studio podcast, studio gambar, dan ruang kuliah yang selesa.
Rumah Ilmu bukanlah sekadar sebuah tempat penyampaian ilmu, tetapi juga adalah halaman memperkukuh ikatan ukhuwah dan menyalakan inspirasi di kalangan ahli komuniti.
“Sertailah kami dalam perjalanan ilmu yang membawa ke arah pencerahan dan keunggulan,” katanya.