Kuala Lumpur – Persatuan Media Digital Kreatif (PMDK) ditubuhkan pada 18 Ogos 2023 dengan seramai 50 ahli yang terdiri daripada media digital, blogger, influencer, key of leader and key of consumer.
Matlamat PMDK ditubuhkan kerana untuk memperkasa dan menjaga kebajikan serta memberi insentif kepada ahli-ahli dalam menjaga hak mereka sebagai media alternatif baru.
Oleh kerana itu, pada 2 May 2024, PMDK telah melancarkan ‘PODCAST PMDK’ kegunaan kepada ahli-ahli dalam menjana pendapatan dan usaha mengembangkan lagi jenama media masing-masing dengan menggunakan platform baru yang kini kian popular iaitu podcast.
Presiden PMDK, Alias bin Abu Bakar berkata, kebanyakan pemain industri media digital boleh menulis, berkata-kata namun kurang ilmu dari segi teknikal, jadi PMDK memberikan kepakaran teknikal untuk digunapakai oleh ahli-ahli.
Persatuan juga sedang merangka strategi kerjasama dengan beberapa pihak lain yang boleh menyumbang keperluan seperti kebajikan, kesihatan, perumahan dan lain-lain.
Dalam ucapannya lagi, pengalamannya lebih 20 tahun dalam pelancongan seni dan budaya akan diguna pakai selain pengalaman sebagai peserta Kapal Belia Asia SSEAYP dibawah program Kementerian Belia dan Sukan.
” Apa yang saya harapkan disini adalah supaya pemain media digital supaya lebih maju ke hadapan dan sentiasa ‘up to date’ mengikut peredaran zaman, tidak ketinggalan sama maju seperti media-media utama yang lain.
” Media Digital harus bersatu padu kerana media inilah juga merupakan media tonggak kepada negara kerana kini ramai sudah beralih ke digital, ramai juga yang sudah kurang tengok televisyen.
” Media online juga tidak harus dipandang enteng, kerana media digital juga cepat kuasa viralnya serta peranan media digital ini sangat penting lagi-lagi pada zaman teknologi ini.
” Impian saya supaya media digital lebih maju dan mereka dapat mengembangkan lagi jenama masing-masing dengan mengikut etika dalam media.
Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC), Phang Chew Hock turut hadir merasmikan ‘Podcast PMDK’ , dan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng dan wakil daripada 10 media digital yang turut sama meriahkan majlis.
Jika ada yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin menggunakan servis podcast PMDK boleh hubungi Presiden, Alias di talian 016-3685147.