KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar produk kesihatan halal nombor satu di Malaysia, Eskayvie berbangga dengan pencapaian ribuan pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024.
Sebagai tanda penghargaan, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic diadakan semalam, 22 Jun di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan kejayaan pelajar, selain menyanjung tinggi usaha dan komitmen ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dengan pengambilan vitamin booster minda Eskayvie Mindtropic.
Majlis anugerah diserikan dengan kehadiran CEO Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.
Kriteria pelajar cemerlang Eskayvie Mindtropic yang dipilih adalah berdasarkan dua kategori di mana kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM, kategori kedua adalah pelajar yang mencapai peningkatan gred di dalam Peperiksaan SPM berbanding Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu.
Pemilihan ini sejajar dengan usaha Eskayvie yang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200 peratus untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam.
“Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda dengan pengambilan nutrisi yang berkesan seperti Phosphatidylserine.
“Ia adalah nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan.
“Eskayvie menghasilkan vitamin booster minda iaitu Eskayvie Mindtropic, diformulasikan menggunakan Phosphatidylserine yang dapat membantu menaikkan empat paras hormon utama iaitu Serotonin (mengawal mood dan emosi), Dopamine (meningkatkan motivasi dan positiviti), Norepinephrine (meningkatkan fokus dan kewaspadaan) dan Acetylcholine (memperbaiki kognitif dan memori), seterusnya menjadikan pelajar dan murid lebih bersemangat untuk belajar, lebih fokus dan Insya-Allah boleh perform dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,” katanya.
Beliau berkata, Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic yang disampaikan ini bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi turut menghargai setiap usaha keras yang dilakukan oleh setiap daripada mereka.
“Eskayvie menilai kejayaan bukan sekadar di atas kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi juga menerusi sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.
“Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie adalah satu inisiatif hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior.
“Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan yang ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang lebih positif,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, sebagai ibu bapa, ramai tidak sampai hati melihat anak-anak struggle.
“Melalui inisiatif yang telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
“Alhamdulillah Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah solusi kepada kegusaran ibu bapa dan bantuan kepada murid dan pelajar untuk perkembangan minda mereka.
“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk melahirkan 75 ribu pelajar cemerlang.
“Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
“Saya berbangga dengan ibu bapa yang berikhtiar dengan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.
Semua pelajar yang dijemput hadir untuk menerima penghargaan ini datang dari seluruh Malaysia dan mempunyai latar belakang hidup yang berbeza-beza.
Tiada diskriminasi dalam pendidikan, Eskayvie optimis bahawa tahap kecerdasan minda pelajar sentiasa dapat ditingkatkan dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic yang mengandungi bahan nootropik (penggalak minda) dan bahan adaptogen (mengawal stres) seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66®, Bacopa monnieri, Selenium dan Magnesium.
Nutrisi hebat ini membantu dalam menguatkan memori yang tajam serta meningkatkan kapasiti minda yang lebih besar dan hebat.