SHAH ALAM, 19 Ogos 2024 – Parti Bersama hari ini mengumumkan pelantikan Dr Selvarajan Visvalingam sebagai Pengerusi Negeri Selangor yang baharu. Keputusan ini dibuat setelah persetujuan sebulat suara dicapai di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Parti Bersama di Selangor.

Parti Bersama, yang juga dikenali sebagai Parti Bersatu Sasa Malaysia, kini mempunyai 25 bahagian di seluruh Selangor yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Mac 2024.

Dr Selvarajan, seorang profesional dalam bidang audit, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bahagian Lahad Datu bagi Malaysian Indian Congress (MIC). Beliau telah terlibat secara aktif dalam kerja-kerja sosial dan kebajikan sebelum menyertai Parti Bersama secara
rasmi selepas pelancaran parti tersebut pada 10 Jun 2024.

Presiden Parti Bersama, Danial, menyatakan, “Dr Selva membawa pengalaman luas dan keikhlasan dalam berkhidmat kepada rakyat, selaras dengan ideologi teras kami untuk memperkenalkan wajah-wajah baharu dalam landskap politik Malaysia sebagai pilihan alternatif kepada pengundi.”

Parti Bersama kini sedang giat membina akar umbi parti dan merupakan salah satu parti berbilang kaum yang berdaftar di Malaysia, dengan Danial sebagai Presiden Parti.

Dengan pelantikan ini, Parti Bersama yakin Dr Selvarajan akan dapat memperkukuhkan lagi sokongan di peringkat negeri dan memperluas pengaruh parti di Selangor

Leave a Reply