PETALING JAYA -Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group dengan kerjasama bank-bank utama serta organisasi terkemuka seperti CTOS, Great Eastern Takaful, OCBC Bank telah menganjurkan National CEO Symposium 2025, baru-baru ini.

Program itu adalah sebuah simposium yang memfokuskan kepada sokongan kewangan, intelektual, serta kesedaran berkaitan keselamatan perniagaan dan prospek pasaran.

Inisiatif ini direka untuk memberi panduan yang lebih mantap kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik dalam menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2025 yang diramalkan lebih mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Profesor Adjung Adam Shah Abdul Rahman berkata, National CEO Symposium 2025 akan melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan dan menguntungkan sepanjang tahun 2025.

“Kami ingin membantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin.

“Untuk menyertai Simposium ini, peserta mestilah seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau pembuat keputusan dalam syarikat yang mencatatkan jualan tahunan tidak kurang dari RM5 juta, mempunyai rekod perniagaan yang bersih, serta mempromosikan mesej jenama yang positif.

“Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama, malah ia juga diharapkan dapat memperkukuhkan daya tahan perniagaan di Malaysia.

“Dengan kerjasama dari pelbagai pihak, Simposium ini dijangka menjadi platform utama bagi memperkukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia dan membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,”katanya.

Pada majlis sama, KNKV Group dengan bangganya mengumumkan perlantikan YB Senator Datuk Seri Dr Zurainah Musa sebagai Pengerusi baharu mereka.

Kepimpinan beliau dijangka memberi nilai strategik kepada KNKV Group melalui pengalaman luasnya dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia.

By Cynthia

Leave a Reply