SEPANG, 2 Ogos 2025 – Suasana penuh semangat dan keceriaan menyelubungi Dewan Komuniti & Arena BBST, Sepang apabila lebih 800 pengunjung membanjiri lokasi bagi menyertai Karnival Belia MADANI ‘Jom Aktif’ Sepang 2025.

Ia dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Penganjuran karnival ini oleh Penggerak Belia Selangor Induk Sepang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dan Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor, menjadi bukti penghargaan terhadap peranan belia sebagai aset masa depan negara. Karnival ini turut disokong oleh pelbagai pihak termasuk Pusat Khidmat DUN Sg Pelek, DUN Tg Sepat dan DUN Dengkil.

Karnival ini bertujuan menggalakkan penyertaan aktif golongan muda dalam aktiviti sihat dan berfaedah, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai keterangkuman, kesejahteraan dan gaya hidup sihat.

Antara aktiviti yang mencuri tumpuan ialah:

Pertandingan Esukan Mobile Legends (20 pasukan)

Pertandingan Futsal Piala PeBS Sepang (32 pasukan)

Netball Shootout Tournament (32 pasukan)

Sepang DartX Belia (128 regu)

Pushbike Funrace (100 peserta kanak-kanak)

Jualan Ehsan Rahmah yang menawarkan harga barangan asas pada harga mampu milik


Kemuncak acara dimeriahkan dengan persembahan santai daripada Tauke Raja Lawak, yang berjaya mencuit hati para pengunjung dan peserta.

Menurut wakil penganjur, karnival ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan kemahiran anak muda, malah menjadi platform perpaduan pelbagai lapisan komuniti. “Kami berharap program seperti ini dapat dijadikan agenda tahunan bagi membudayakan gaya hidup sihat dan memperkasa belia,” katanya.

Lebih membanggakan, kehadiran hampir 2,000 orang pengunjung dan peserta sepanjang hari membuktikan sambutan hangat masyarakat terhadap program berbentuk komuniti dan kesukanan.

Karnival Belia MADANI ‘Jom Aktif’ menjadi manifestasi kerjasama kerajaan, NGO dan pihak swasta dalam menjayakan agenda pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berimpak tinggi di peringkat akar umbi.

#KarnivalBeliaMadani #JomAktifSepang #BeliaMADANI2025 #MalaysiaMADAN #EsukanSepang #FutsalBelia #GayaHidupSihat #KomunitiSepang #AnakMudaBergaya #AktifSihatBahagia

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f