KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, menyifatkan politik Malaysia hari ini semakin dipengaruhi oleh provokasi pihak tertentu khususnya DAPSY (DAP Socialist Youth).
Beliau berkata, tindakan DAPSY mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras hanyalah sebahagian daripada strategi politik untuk menunjukkan kewujudan mereka di mata masyarakat.
“Politik Malaysia ni senang je. Ia adalah politik provokasi oleh DAP. Kita tak perlu pun nak terlalu komen. PBT menjalankan tanggungjawab mereka, dan itu hak yang termaktub dalam undang-undang,” katanya.
Dr. Azam menegaskan, UMNO perlu mengambil pendekatan politik yang matang, berasaskan ilmu, rasional dan psikologi manusia, bukan hanya melaungkan slogan atau provokasi kosong.
Beliau turut memuji kepimpinan YB Dato’ Sri Ahmad Maslan dan Dato’ Sri Reezal Merican yang menurutnya menunjukkan contoh kepimpinan matang dalam menangani cabaran politik semasa.
Namun, Dr. Azam memberi amaran sekiranya UMNO masih berlegar dengan cara lama dalam memilih calon atau hanya mengikut hierarki tanpa strategi bijak, parti itu berdepan risiko besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Kalau UMNO masih berada di takuk lama, saya ucapkan selamat tinggal. UMNO boleh ditalkinkan pada PRU16. Presiden kena in control kerana rakyat sedang memerhati, khususnya pengundi atas pagar,” katanya lagi.
Kenyataan itu memberi gambaran jelas bahawa cabaran utama UMNO pada PRU akan datang bukan sahaja datang daripada pihak lawan, tetapi juga dari kelemahan dalaman jika gagal mengadaptasi politik era baharu.
#PolitikMalaysia #UMNO #PRU16 #PolitikMatang #DrAzamRauzan #DAPSY #PolitikEraAI #UMNOReform #RakyatMemerhati #SuaraAnakMuda