KUALA LUMPUR, 9 September 2025– Majlis Silaturahim Malindo yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 bukan sahaja menjadi lambang keakraban hubungan dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia, malah turut diraikan dengan penuh kemeriahan bersama golongan asnaf dan muallaf.

Wakil Duta Besar (DUBES) Indonesia ke Malaysia, Ibu Dewi Danang, menegaskan bahawa program seperti ini menjadi bukti eratnya persamaan budaya, makanan dan nilai yang dikongsi bersama rakyat kedua-dua negara. Beliau menambah bahawa peranan wanita amat penting kerana kekuatan mereka mampu memperkukuh hubungan dua hala.

Sementara itu, Datin Norlia Bt Tan Sri Marzuki melahirkan rasa syukur dengan penganjuran majlis tersebut yang disifatkan sebagai satu pertemuan bermakna dan penuh kebersamaan.

Majlis berlangsung dengan penuh warna-warni bermula dengan bacaan doa, persembahan Koir Merdeka, tarian kebudayaan serta acara simbolik pemotongan kek. Lebih istimewa, 30 orang asnaf dan muallaf dari Kuala Lumpur menerima sumbangan wang zakat serta barangan keperluan daripada Pertubuhan Wanita Annur.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli dan rakan-rakan yang prihatin, sekali gus menzahirkan semangat kebajikan dan kepedulian masyarakat.

Acara tahunan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan persaudaraan Malaysia-Indonesia, bahkan memperkasakan kerjasama dalam bidang seni, budaya dan amal kebajikan.

#SilaturahimMalindo #MalaysiaIndonesia #WanitaPerkasa #HariMerdeka68 #AsnafMuallaf #PersaudaraanSerumpun #BudayaBersama #ZakatPrihatin #PerpaduanSerantau #KebajikanBersatu

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f